Mari Terjemah Perisian Sumber Terbuka


Saya ingin mengajak saudara-saudari rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai kumpulan kami untuk menterjemah Perisian Sumber Terbuka ; linux, ubuntu, firefox ; kepada Bahasa Melayu.

Bagi anda yang berminat, sila sertai kumpulan terjemahan kami di https://launchpad.net/~ubuntu-my-transdocs kemudian sertai kumpulan perbincangan di http://groups.google.com.my/group/ubuntu-my-transdocs untuk penyelarasan dan kemas kini.


TOC

This page contains our table of contents, showing post permalinks, the date and labels (category names.) There is a short preview of each post when you hover the cursor over the title. Titles are in alphabetical order, but you can click on the date column header to sort in ascending or descending order. Click on a specific label (not the column header) to display only the posts tagged with that label. To go back to the full list, just click Post Title. When this post migrates off the home page visitors can use the menu or sidebar link to see the contents.
************



************

Resetting Grub2 Anyone?

GNU GRUBSalam to all.

I just upgraded my box and with it, there was a new kernel; Kernel 2.6.31-16-generic.
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
The upgrading process went smooth and well and suggested me to restart at the end of it.

Now, I did the restart and booted back into Ubuntu in 35 secs. Then, I remembered that there was no GRUB page displayed! You know, the page with the kernels to choose...

It just restarted and booted automatically. I did
uname -r
to check if I booted the new kernel. The result is somewhat very weird. I booted with my old 2.6.31-14-generic kernel instead of my new 2.6.31-16-generic kernel. What did happened?

Karmic ttf-msttcorefonts-installer problem!

I just installed Karmic on my sister notebook and guess what? The epic 'msttcorefonts' servers - file not found - mismatch checksums' errors happened while installing ubuntu-restricted-extras! It never happened to my laptop... Weird!

After goggling for hours and trying most of the workaround found, I was back to square one. Still no solutions!

Then, it struck me to check the links of the mscorefonts files directly, and it seems the file is not there? What is going on? And then, I tried to change the default mirrors to a Japanese mirror. Viola! The files is there... again!

Hmm... I dont know much about bash scripting but I change the script I found at : http://www.friendlytechninja.vndv.com to get the files from the Jap's mirror and it worked like a charm!


Now, if you had the similar problems, you might want to try this. This come as-is basis! Do not shout to me if it didn't work for you! Maybe you need to replace the Japs mirror with another mirror.

Open your terminal > type :

sudo gedit /var/lib/dpkg/info/ttf-mscorefonts-installer.postinst

then replace the content of the file with below! You can just cut-paste the code.

#!/bin/bash

#Version: 1.0
#Info: Bash script to install mscorefonts without using
#currently broken ttf-mscorefonts-installer (3.0) for
#Ubuntu 9.10 Karmic Koala (date: 03/11/09)

#Author: Jonathan K.
#Website: http://www.friendlytechninja.vndv.com
#Email:
 then run the installer again!

sudo apt-get install ttf-msttcorefonts-installer


Don't forget to say something if this help you!

Upgrade ke Karmic, err... Lucid dah!!!

Salam sejahtera!

Ubuntu 9.10 atau nama manjanya Karmic Koala baru sahaja dikeluarkan. Seperti semua sedia maklum, Sang Koala ini adalah keluaran bukan Long Term Support (LTS), oleh itu, saya tidak mengharapkan apa-apa dari keluaran ini.

Saya tidak akan menulis reviu tentang apa yang terbaru dalam Karmic, sebab ia telah dilakukan dengan baik oleh saudara kita melayubuntu di blognya. Jika anda mahu membacanya sila klik sini.

Saya juga telah bersama Sang Koala ini dari Alpha 3 lagi sehingga semalam (25/11/2009). Walau bagaimana pun di akhirnya ada sesuatu yang saya rasakan 'tidak cukup' dengan Sang Koala ini. Saya rasakan Sang Koala ini teramat 'manja' dan gagal memenuhi kehendak hati saya.

Saya tidak nafikan ia amat cantik, menarik, dan lebih senang digunakan. Malahan masa boot saya yang dari 1 minit lebih telah pun disingkatkan kepada 34 saat sahaja. Namun hati saya masih menantikan 'sesuatu' yang lain dari keluaran Canonical ini. Sang Koala ini saya rasakan bagaikan tiada 'UMPHH!'.

Perasaan ini sama sahaja ketika saya mencuba Vista ketika awal keluarannya dulu. Bagaikan 'barang tak siap!'. Tapi seperti yang saya katakan, saya tidak mengharapkan apa-apa dari Karmic. Tapi lain halnya dengan Lucid Lynx atau Ubuntu 10.04 yang akan menjadi keluaran LTS nanti.

LTS bermaksud, kitaran pembangunan yang lebih panjang iaitu selama 2 tahun dan sokongan 3 tahun berbanding kitaran biasa selama 6 bulan. Ini memberikan masa untuk pembangun-pembangun bukan sahaja untuk menempel lubang-lubang pepijat malah mengilap dan memperkasakannya! Lihat saja Hardy (Ubuntu 8.04)!


Cerita semalam

Semalam, saya terserempak dengan satu post dalam ubuntuforums.org yang menyedarkan saya bahawa versi Pembangunan (Alpha) Lucid Lynx akan dikeluarkan tidak lama lagi. Debaran hati dan sifat ingin tahu saya sekali lagi memuncak dan dengan bacaan Bismillah saya buka terminal dan taip:

sudo sed -i 's/karmic/lucid/g' /etc/apt/sources.list && sudo aptitude update && sudo aptitude dist-upgrade
Arahan ini sebenarnya akan mengubah Karmic menjadi Lucid dalam beberapa jam! Perlu ingatkan kepada pembaca, JANGAN UPGRADE KOMPUTER ANDA sekiranya anda menggunakannya untuk kerja!!!  Lucid Alpha masih belum dikeluarkan dengan rasmi ketika saya menulis hari ini. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya sistem anda haru-biru.

Apa yang saya harapkan dengan Lucid, saya akan menemui 'sesuatu' yang saya harapkan selama ini. Tapi masih terlalu awal untuk saya ceritakan di sini apa ada dalam Lucid. Saya sendiri pun belum terserempak dengan apa-apa yang 'berlainan' kecuali program 'Byobu window manager' yang dipasang Lucid. Tapi Byobu ini boleh dipasang terus dalam Karmic menerusi :
sudo apt-get install byobu
Apa-apa pun, saya akan nantikan peralihan Lucid sedikit demi sedikit dari Alpha ke Beta dan seterusnya ke versi Stabil. Semoga Lucid akan mempunyai 'x-factor' untuk menawan kembali hati saya.

Rujukan:

Daripada Wikipedia:

Canonical releases new versions of Ubuntu every six months and supports Ubuntu for eighteen months by providing security fixes, patches to critical bugs and minor updates to programs. LTS (Long Term Support) versions, which are released every two years,[8] are supported for three years on the desktop and five years for servers.[9] The current version of Ubuntu, 9.10 (Karmic Koala), was released on October 29, 2009.

Kelantan 1 Negeri Sembilan 3 - Piala Malaysia 2009

Aduhai... sakit hati betul tengok bola malam ni. Lebih-lebih lagi bila Kelantan kalah. Kalah tu satu hal, tapi corak permainan pasukan dan lakuan penyokong yang "tak sepatutnya ditunjukkan" juga melemaskan aku. Pemain-pemain macam ada saja yang tak kena malam ni. Dah lah macam tu, penyokong pula langsung takde semangat patriotik. Ada ke patut, ditinggalkan pemain-pemain tu disaat mereka perlukan sokongan dan laungan  "GOMO KELATE GOMO!". Tapi aku faham, mereka sangat kecewa.
Aku juga kecewa yang amat bila 'ngelihkan' gaya permainan pemain-pemain Kelantan yang main macam tak mahu menang! Referee pula, sikit-sikit nak tiup, sikit-sikit nak tiup! Kacau daun betul.

Tapi yang paling aku malu, ada lagi penyokong yang "darat". Masih nak baling botol-botol dan mercun time pemain N9 nak ambil tendangan sudut. Aduhaiii... penyokong, ada ke patut sampai habis terbakar kerusi-kerusi stadium yang tak berdosa tu! Ni dah kes vandalisme dah ni.

Tapi semua orang patut akui, kehadiran pasukan Kelantan telah berjaya menaikkan dan memeriahkan semula arena bolasepak negara. Betul tak? Bila kali terakhir kita dengar tentang tiket final tak cukup-cukup dijual? Bila kali terakhir kita dapat tengok 60k orang pakai baju berwarna sama ramai-ramai?

Dalam kekalahan pasukan Kelantan pun, ada juga hikmahnya. Bolasepak Malaysia memang mempunyai pengaruh yang kuat! Semalam 7+7 bas bergerak sama-sama dari Red Land ke Bukit Jalil. 7 bas dari puak biru dan 7 lagi puak hijau. Huh, boleh pula biru dan hijau ni jalan bersama bila pasal bola ya? Apa kata kalau sama-sama kukuhkan dan perkasakan agama sama-sama? Nak tak?


P/s: Peminat/penyokong bola yang memang fanatik (sampai sanggup bakar-membakar) ni kena bagi kaunseling ni.. Adeh...

MSC Malaysia Open Source Conference 2009


MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang

Tempat :-

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web : http://www.mscmalaysia.my/osconf

MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@mdec.com.my
Haa.. persidangan ni dah lepas?? Huh! Tak dapat juga saya nak menghadiri persidangan ini. Tapi tak apa lah, lain kali mungkin ada peluang lagi.

Apa-apa pun boleh baca mengenainya di cikgucyber. Klik sini.

Diari Ubuntu Diterbitkan!

Diari ICT dengan ini mengumumkan penerbitan berbentuk video tutorial untuk Sistem Operasi Ubuntu Karmic.

Untuk permulaan, video tutorial ini akan memaparkan tutorial pengenalan kepada Ubuntu, khas untuk mereka yang ingin berkenalan dengan ubuntu atau yang baru menggunakan Ubuntu.



Anda boleh melawat sendiri blog terbaru saya ini di http://linux-ubuntu-opensource.blogspot.com/.
 
Saya menanti komen dan cadangan daripada anda berkenaan blog video tutorial ini.

Awas!!! Emel Tipu Kononnya Daripada Maybank

Ini satu email tipu yang kononnya daripada Maybank untuk menjerat anda! Hati-hati!!! Periksa dulu siapa pengirimnya.

Email ini menggunakan alamat daripada : account-alert@maybank.com.my di mana BUKAN alamat Maybank2u sebenar. (Emel Maybank sebenar mesti menggunakan server @maybank2u.com.my bukan @maybank.com.my). Lagi pun Maybank tidak akan sekali-kali hantar emel atau telefon meminta login sebegini.