Header Ads

Mari Terjemah Perisian Sumber Terbuka


Saya ingin mengajak saudara-saudari rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai kumpulan kami untuk menterjemah Perisian Sumber Terbuka ; linux, ubuntu, firefox ; kepada Bahasa Melayu.

Bagi anda yang berminat, sila sertai kumpulan terjemahan kami di https://launchpad.net/~ubuntu-my-transdocs kemudian sertai kumpulan perbincangan di http://groups.google.com.my/group/ubuntu-my-transdocs untuk penyelarasan dan kemas kini.



Yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk terjemahkan Xulrunner (Firefox) di https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+source/xulrunner-1.9/+pots/xulrunner/ms/+translate untuk mendapatkan keluaran Firefox dalam Bahasa Melayu.

Bagi yang baru bermula, sila rujuk di http://wiki.ubuntu.com.my/

*** Pra Syarat ***

Untuk mula membantu dalam usaha terjemahan perisian ini, anda perlu memenuhi pra-syarat berikut:

1. Mempunyai akses internet.
2. Mempunyai akaun email yang sah.
3. Telah mendaftar sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/.
4. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~ms-translators.
5. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~malaysianteam.

*** Mula Menterjemah ***

1. Setelah anda memenuhi pra-syarat di atas, anda bolehlah memulakan terjemahan anda dengan melayari halaman web berikut:

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+lang/ms

*** Lain-lain laman untuk rujukan Kumpulan Terjemahan ***

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
http://prpm.dbp.gov.my/

Senarai Email Ubuntu-my
https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my

Open Source Developers Club Malaysia
http://www.osdc.my/ dan senarai email di
http://groups.google.com/group/osdcmy-list

Bacaan sepenuhnya di laman penulis asal di http://blog.harisfazillah.info/
Rujukan boleh didapati di: http://cikgucyber.blogspot.com/2009/08/kumpulan-terjemahan-bahasa-melayu.html

No comments

Terima kasih.