Upgrade ke Karmic, err... Lucid dah!!!
Salam sejahtera!
Ubuntu 9.10 atau nama manjanya Karmic Koala baru sahaja dikeluarkan. Seperti semua sedia maklum, Sang Koala ini adalah keluaran bukan Long Term Support (LTS), oleh itu, saya tidak mengharapkan apa-apa dari keluaran ini.
Saya tidak akan menulis reviu tentang apa yang terbaru dalam Karmic, sebab ia telah dilakukan dengan baik oleh saudara kita melayubuntu di blognya. Jika anda mahu membacanya sila klik sini.
Saya juga telah bersama Sang Koala ini dari Alpha 3 lagi sehingga semalam (25/11/2009). Walau bagaimana pun di akhirnya ada sesuatu yang saya rasakan 'tidak cukup' dengan Sang Koala ini. Saya rasakan Sang Koala ini teramat 'manja' dan gagal memenuhi kehendak hati saya.
Saya tidak nafikan ia amat cantik, menarik, dan lebih senang digunakan. Malahan masa boot saya yang dari 1 minit lebih telah pun disingkatkan kepada 34 saat sahaja. Namun hati saya masih menantikan 'sesuatu' yang lain dari keluaran Canonical ini. Sang Koala ini saya rasakan bagaikan tiada 'UMPHH!'.
Perasaan ini sama sahaja ketika saya mencuba Vista ketika awal keluarannya dulu. Bagaikan 'barang tak siap!'. Tapi seperti yang saya katakan, saya tidak mengharapkan apa-apa dari Karmic. Tapi lain halnya dengan Lucid Lynx atau Ubuntu 10.04 yang akan menjadi keluaran LTS nanti.
LTS bermaksud, kitaran pembangunan yang lebih panjang iaitu selama 2 tahun dan sokongan 3 tahun berbanding kitaran biasa selama 6 bulan. Ini memberikan masa untuk pembangun-pembangun bukan sahaja untuk menempel lubang-lubang pepijat malah mengilap dan memperkasakannya! Lihat saja Hardy (Ubuntu 8.04)!
Cerita semalam
Semalam, saya terserempak dengan satu post dalam ubuntuforums.org yang menyedarkan saya bahawa versi Pembangunan (Alpha) Lucid Lynx akan dikeluarkan tidak lama lagi. Debaran hati dan sifat ingin tahu saya sekali lagi memuncak dan dengan bacaan Bismillah saya buka terminal dan taip:
Apa yang saya harapkan dengan Lucid, saya akan menemui 'sesuatu' yang saya harapkan selama ini. Tapi masih terlalu awal untuk saya ceritakan di sini apa ada dalam Lucid. Saya sendiri pun belum terserempak dengan apa-apa yang 'berlainan' kecuali program 'Byobu window manager' yang dipasang Lucid. Tapi Byobu ini boleh dipasang terus dalam Karmic menerusi :
Rujukan:
Daripada Wikipedia:

sudo sed -i 's/karmic/lucid/g' /etc/apt/sources.list && sudo aptitude update && sudo aptitude dist-upgradeArahan ini sebenarnya akan mengubah Karmic menjadi Lucid dalam beberapa jam! Perlu ingatkan kepada pembaca, JANGAN UPGRADE KOMPUTER ANDA sekiranya anda menggunakannya untuk kerja!!! Lucid Alpha masih belum dikeluarkan dengan rasmi ketika saya menulis hari ini. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya sistem anda haru-biru.
Apa yang saya harapkan dengan Lucid, saya akan menemui 'sesuatu' yang saya harapkan selama ini. Tapi masih terlalu awal untuk saya ceritakan di sini apa ada dalam Lucid. Saya sendiri pun belum terserempak dengan apa-apa yang 'berlainan' kecuali program 'Byobu window manager' yang dipasang Lucid. Tapi Byobu ini boleh dipasang terus dalam Karmic menerusi :
sudo apt-get install byobuApa-apa pun, saya akan nantikan peralihan Lucid sedikit demi sedikit dari Alpha ke Beta dan seterusnya ke versi Stabil. Semoga Lucid akan mempunyai 'x-factor' untuk menawan kembali hati saya.
Rujukan:
Daripada Wikipedia:
Canonical releases new versions of Ubuntu every six months and supports Ubuntu for eighteen months by providing security fixes, patches to critical bugs and minor updates to programs. LTS (Long Term Support) versions, which are released every two years,[8] are supported for three years on the desktop and five years for servers.[9] The current version of Ubuntu, 9.10 (Karmic Koala), was released on October 29, 2009.
Aku rasa KK agak bagus dari segi boot dan makin lawa. Tak dinafikan juga Ubuntu Software Center menyenangkan lagi urusan mencari dan memasang perisian
ReplyDeleteKecantikan Sang Koala ni memang lebih hebat, tapi bagi aku masih tak cukup untuk challenge Windows 7 atau OSX yang sedap mata memandang...
ReplyDeleteUbuntu Software Center pula bagi aku, perlu lebih mudah. Skrg untuk install, perlukan dua kali klik! Sepatutnya sekali saja dah cukup.