Header Ads

Kelantan 1 Negeri Sembilan 3 - Piala Malaysia 2009

Aduhai... sakit hati betul tengok bola malam ni. Lebih-lebih lagi bila Kelantan kalah. Kalah tu satu hal, tapi corak permainan pasukan dan lakuan penyokong yang "tak sepatutnya ditunjukkan" juga melemaskan aku. Pemain-pemain macam ada saja yang tak kena malam ni. Dah lah macam tu, penyokong pula langsung takde semangat patriotik. Ada ke patut, ditinggalkan pemain-pemain tu disaat mereka perlukan sokongan dan laungan  "GOMO KELATE GOMO!". Tapi aku faham, mereka sangat kecewa.
Aku juga kecewa yang amat bila 'ngelihkan' gaya permainan pemain-pemain Kelantan yang main macam tak mahu menang! Referee pula, sikit-sikit nak tiup, sikit-sikit nak tiup! Kacau daun betul.

Tapi yang paling aku malu, ada lagi penyokong yang "darat". Masih nak baling botol-botol dan mercun time pemain N9 nak ambil tendangan sudut. Aduhaiii... penyokong, ada ke patut sampai habis terbakar kerusi-kerusi stadium yang tak berdosa tu! Ni dah kes vandalisme dah ni.

Tapi semua orang patut akui, kehadiran pasukan Kelantan telah berjaya menaikkan dan memeriahkan semula arena bolasepak negara. Betul tak? Bila kali terakhir kita dengar tentang tiket final tak cukup-cukup dijual? Bila kali terakhir kita dapat tengok 60k orang pakai baju berwarna sama ramai-ramai?

Dalam kekalahan pasukan Kelantan pun, ada juga hikmahnya. Bolasepak Malaysia memang mempunyai pengaruh yang kuat! Semalam 7+7 bas bergerak sama-sama dari Red Land ke Bukit Jalil. 7 bas dari puak biru dan 7 lagi puak hijau. Huh, boleh pula biru dan hijau ni jalan bersama bila pasal bola ya? Apa kata kalau sama-sama kukuhkan dan perkasakan agama sama-sama? Nak tak?


P/s: Peminat/penyokong bola yang memang fanatik (sampai sanggup bakar-membakar) ni kena bagi kaunseling ni.. Adeh...

2 comments:

Terima kasih.