e-alQamus Online - Rujukan Kamus Melayu - Arab untuk Sekolah

Melihat kepentingan kepada penggunaan kamus ketika ini, e-alQamus Online diperkenalkan untuk kemudahan pengguna. e-alQamus Online adalah perisian perkamusan tiga bahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna internet yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan bahasa.

Laman web e-alQamus
e-alQamus Online diperkenalkan bagi membolehkan golongan guru, pelajar dan individu menguasai Bahasa Arab dengan mudah dan singkat. e-alQamus Online bukan sahaja boleh digunakan untuk mencari makna perkataan dengan lebih berkesan dan cepat, malah ia lebih interaktif dan bermanfaat.

Kemudahan ini juga sangat membantu pelajar-pelajar di semua peringkat terutamanya yang terlibat dengan program j-QAF, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

e-alQamus Online amat sesuai sebagai sumber rujukan di Pusat Sumber sekolah, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, Makmal j-QAF serta di rumah kerana ia dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat.



Games untuk Linux 2011

Laman Web Penguspy
Berita gembira untuk para pengemar permainan komputer. Sekarang anda boleh mendapatkan maklumat mengenai games yang boleh dimainkan dalam Linux dengan senang. Laman Web PenguSpy yang mempunyai antaramuka yang menarik, memaparkan pelbagai permainan komputer untuk Sistem Pengoperasian Linux. Di situ terdapat permainan yang percuma dan berbayar. Melalui laman web itu juga, anda boleh ketahui permainan-permainan baru dan juga genrenya.

Terdapat genre permainan "action", "arcade", "music", "adventure", "puzzle", "racing", "shooter" dan banyak lagi. Anda juga boleh membaca reviu suatu permainan dan memberikan "rating" atau pun komen.

Di situ juga diselitkan games yang dicadang di mana, kebanyakannya adalah amat baik. Secara amnya, games di Linux mengorak satu langkah lagi ke hadapan.

Cirinya :
  • Direktori online permainan Linux.
  • Antaramuka menarik.
  • Games diletakkan dalam pelbagai kategori.
  • Fungsi carian.
  • Fungsi reviu, video, komen dan rating.
Untuk melihat sendiri, sila ke www.penguspy.com
p/s : Saya tidak minat main games tapi saya telah mencuba beberapa games dan saya rasa ia amat menarik.

Nokuntu (Nokia PC Suite) di Ubuntu

Nokia PC Suite Main windowImage via WikipediaNokuntu adalah satu projek baru sebagai alternative kepada Nokia PC Suite di Windows. Dengan kata lain, Nokuntu ini adalah Nokia PC Suite versi Linux. Ya, saya tahu, namanya agak lucu, "Nokuntu".. tapi jenama "Ubuntu" juga pelik kan?

Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Gambas 2, Nokuntu membolehkan kita membuat backup dan recovery untuk telefon Nokia. Anda juga boleh membaca dan menghantar SMS melalui Ubuntu dan menguruskan no telefon menggunakan perisian Evolution. Yang hebatnya ia juga membolehkan telefon Nokia kita jadi webcam.

Fungsi utama dari perisian ini adalah:
  • SMS Backup
  • Modem
  • Pengurus Media
  • Pengurus No Telefon melalui Evolution
  • Telefon sebagai Webcam
  • Telefon sebagai Modem
  • Sokongan sambunagn Bluetooth ~ PC
  • Paparan Maklumat telefon
Oleh kerana ia projek baru, mungkin ramai yang belum tahu dan mungkin juga tidak semua model telefon NOKIA disokong. 

Bagaimana mendapatkannya.

Nokuntu belum terdapat dalam Ubuntu Software Center dan belum ada untuk versi Natty. Anda perlu memasangnya sendiri dengan cara berikut :

Untuk Ubuntu Maverick 10.10 = taip di terminal 
"sudo add-apt-repository ppa:matiaspar/nokuntu"
"sudo apt-get update"
"sudo apt-get install nokuntusp"
Untuk Ubuntu Natty 11.04 = taip di terminal

"sudo add-apt-repository ppa:matiaspar/nokuntu"
Langkah2 tambahan sebab Nokuntu hanya ada versi Maverick:
Ubuntu Software Center
 
1. Buka Ubuntu Software Center
2. Tekan CTRL+E 
3. Tekan S
4. Masukkan password anda
5. Bila Software Sources timbul, pilih tab OTHER SOFTWARE
6. Cari "matiaspar/nokuntu", Tekan Edit dan Ubah [Natty] jadi [Maverick].
Cari line "matiaspar/nokuntu"
Ubah [Natty] jadi [Maverick]
Ubah [Natty] jadi [Maverick]
7. Close dan teruskan dengan menaip dalam terminal. (Perlu untuk install GAMBAS secara automatik)

"sudo apt-get update"
"sudo apt-get install nokuntusp"

Itu saja. Saya telah cuba dan mendapati, secara umumnya ia berfungsi dengan baik. Walau bagaimana pun, fungsi SMS (baca dan hantar) tidak aktif untuk model telefon saya.

Tapi perlu diingat, perisian in masih lagi dalam mod BETA iaitu mod pengujian. Jadi mungkin akan terdapat beberapa masalah yang akan anda temui.

Linux lebih hebat dari Mac OSX - File System Support

Pernahkah anda menggunakan Mac OSX ? Jika pernah tentu sahaja anda pernah menjumpai fail ‘DS_Store’ dan ‘.Trashes’setiap kali anda menggunakan pendrive / thumbdrive.

Fail ‘DS_Store’ dan ‘.Trashes’ini adalah fail cache dan permission bagi sistem fail HFS+ yang digunakan Mac OSX. Ia diperlukan untuk merekod aktiviti-aktiviti penyalinan, pemadaman dan sebagainya. Namun ia juga menyebabkan sistem OSX perlu diselia setiap masa. Cache perlu dipadamkan dan permission fail perlu diubah. Walau pun OSX tidak memerlukan defrag seperti Windows namun, hal sebegini sebenarnya memenatkan.

Hebatnya sistem ext3/ext4 Linux adalah rekod-rekod sebegitu telah diuruskan diperingkat sistem fail lagi.  Dengan kata lain, Linux tidak memerlukan penyeliaan sistem fail daripada penggunanya. Teringat pula saya dengan 'timingback BMW' di mana ia tidak memerlukan servis dan tidak perlu ditukar dan mempunyai jaminan seumur hidup.

Cerita selanjutnya bole dibaca di openattitude.com

Ubuntu 10.10 Vs Windows 7 Vs Mac OS X 10.6 (Snow Leopard)

Expert Reviews, telah menguji kepantasan Windows 7, Ubuntu 10.10 dan Mac OS X.


Seperti yang dilaporkan, Ubuntu adalah setanding dengan Windows 7 dan lebih pantas dari Mac OS X.

Anda boleh baca ujian ini sepenuhnya di laman web Expert Reviews

Antara Ubuntu Software Center dan Apple AppStore... dan Windows App Store???

Windows App Store akhirnya keluar juga. Tapi nampaknya seperti biasa, Microsoft memang pakar dalam meniru. Kali ini yang terkena adalah Apple Mac App Store dan Ubuntu Download Center. Microsoft sekarang sedang melawan Apple untuk hak dan paten perkataan ‘App Store’ yang nyatanya telah diguna Apple terlebih dulu. Sebelum ini Apple telah pun menyaman Amazon kerana menggunakan ‘App Store’ sebagaimana Apple untuk menjual produk Android mereka. Windows App Store ini juga nampaknya ada persamaan dengan Windows Media Player.

Dari ZDNET:

"From what we see here, it suggests one will be able to download a vast number of applications, ranging from games to office applications. With applications available like Opera and Angry Birds, it’s clear that Microsoft are following suit with other content providers by opening up to third-party applications."
Windows App Store?
Apple App Store
Ubuntu Software Center

Apa-apa pun, saya biarkan pembaca yang menghakiminya.

Aplikasi ‘Test Drive’ - Mencuba program dalam Ubuntu tanpa memasangnya.

Fungsi 'Test Drive' dalam Ubuntu 11.04 - Natty Narwhal – Cuba dulu baru tahu...

Saudara Stéphane Graber  pencipta 'Test Drive' baru-baru ini telah mengumumkan hampir setiap aplikasi dalam Ubuntu Natty sekarang boleh dicuba tanpa memasang terlebih dahulu melalui Ubuntu Software Centre. Ini bermakna lebih 1300 aplikasi Ubuntu boleh dicuba menggunakan 'Test Drive'.

Sebelum ini, servis berkenaan hanya menyediakan percubaan untuk 50 aplikasi paling popular sahaja.

Semua boleh dicuba dengan fungsi ini?

Sebenarnya, bukan setiap aplikasi tersedia untuk dicuba kerana terdapat juga aplikasi yang tidak dibenarkan, contohnya aplikasi yang melebihi saiz 150MB dan juga aplikasi yang dikategorikan kurang selamat kepada kestabilan sistem juka menggunakan fungsi ini seperti  (Video editor, 3D, Virtualbox, dsb).

Untuk mengaktifkan fungsi ini, kita perlu terlebih dahulu install perisian ‘qtnx‘. Perisian ini boleh dipasang dalam Ubuntu Software Center. Sebenarnya 'Test Drive' ini berfungsi dengan menyambungkan komputer kita kepada komputer pelayan di Jerman menggunakan protokol ‘NX' iaitu satu kaedah paparan antaramuka secara berjauhan. Dengan kata lain, jika kita menggunakan 'Test Drive', kita sebenarkan menjalankan aplikasi di komputer pelayan tersebut dan kemudiannya aplikasi ini dipaparkan kembali di skrin komputer kita.

Biar apa pun, fungsi ini sebenarnya boleh membantu kita mencuba aplikasi-aplikasi dalam Ubuntu tanpa mengubah sistem komputer kita dengan syarat kita mempunyai talian internet yang laju. Saya telah mencuba dengan talian Streamyx 1MB dan ternyata ada masanya 'Test Drive' agak semput untuk memaparkan paparan yang lancar. Ini berkemungkinan besar di sebabkan oleh servernya yang jauh iaitu di Jerman. Mungkin ada yang telah mencuba dengan talian yang lebih laju?

Ubuntu Natty Narwhal 11.04

Tux, the Linux penguinI always have been a alpha to beta junkie. I like to test new system (in this case Ubuntu). Right now I have upgrade my Ubuntu 10.10 to Ubuntu 11.04. This is the beta version before it reached stable version. The most notable changes from Maverick is the Unity Desktop. I would not go into detail on the difference between Maverick 10.10 and Natty 11.04, but if you are interested to know more, I will post it later.

ScribeFire - Cara Mudah Menulis Blog

Salam Sejahtera,

Kali ini saya perkenalkan ScribeFire. Satu perisian (Firefox Add-on) yang membantu blogger untuk menulis blog tanpa login ke website blog ( Blogger, Wordpress,dll).

Tulisan saya kali ini pun sebenarnya di buat menggunakan ScribeFire.

Bagaimana mendapatkan ScribeFire?

Pertama sekali pastikan anda sudah ada blog dan menggunakan pelayar Firefox, IE, Chrome, Safari.

Kemudian downloadlah add-on bernama Scribefire.

 

My latest Ubuntu Desktop...

Ok, nothing to say.. nothing to see... just watch the video! Read more...

DamnVid - Youtube Video Downloader

DamnVid adalah perisian untuk download dan convert video daripada YouTube, Dailymotion, Veoh, Metacafe, dll.  Ia juga boleh digunakan secara offline. Secara amnya DamnVid adalah aplikasi video downloader dan converter. Yang bagusnya DamnVid mempunyai versi untuk Linux, Windows dan MacOSX.

Apa yang DamnVid boleh lakukan?
  • Convert video.
  • Download video. Kelebihannya, ia download dan convert video pada masa yang sama - mewujudkan fail baru dengan pantas. 
  • Boleh diguna dalam semua komputer (Linux, Windows, OSX).
Mahu Download?

Linux : Ubuntu - Taip melalui terminal = sudo add-apt-repository ppa:damnvid/ppa

Windows dan Mac OSX : Pilih sini

Oh ya, Damvid ini adalah satu aplikasi sumber terbuka yang dilesenkan di bawah lesen GNU GPL v3.

Maknanya, ia PERCUMA!!!

Antaramuka DamnVid


Contoh download video dari Youtube dengan gunakan DamnVid dalam Windows, OSX dan Ubuntu...

Website Redesign!

So what do you think of our new design? Like it? Love it? Hate it? We have (hopefully) made some major changes and upgrades that will enhance usability of the site and made everything all around more enjoyable for the end user. Kinda like Ubuntu itself.

We have added a couple new items to the very top. You can now easily access our Twitter, Facebook, RSS feed and email links.

Please let us know your feelings regarding the new site design, both good or bad. We need all the input and advice you can offer. Is there something we can improve on? Something you notice is missing? Perhaps there is something we can remove? Let us know!

Dont forget to become our friend down at the bottom left :) and dont forget to follow us on our Twitter page http://www.twitter.com/farimi to keep up with our latest news.

Ahhh! Dont forget to tweet us @farimi and get the word out! Thanks!

Tiada lagi CD PERCUMA Ubuntu!

ShipIt has closed

After delivering millions of Ubuntu CDs to millions of new users, our ShipIt programme has finally run its course. While we can no longer deliver free CDs through the programme, it’s still easy to get Ubuntu. You can download Ubuntu for free from Ubuntu.com or you can buy a CD straight from the Canonical shop.


Akhirnya, syarikat Canonical, iaitu syarikat yang membangunkan Ubuntu telah menghentikan operasi penghantaran CD Ubuntu secara percuma kepada semua orang.

Jadi selepas ini, kita perlu download sendiri Ubuntu dan burn ke dalam CD sendiri.