Header Ads

Nokuntu (Nokia PC Suite) di Ubuntu

Nokia PC Suite Main windowImage via WikipediaNokuntu adalah satu projek baru sebagai alternative kepada Nokia PC Suite di Windows. Dengan kata lain, Nokuntu ini adalah Nokia PC Suite versi Linux. Ya, saya tahu, namanya agak lucu, "Nokuntu".. tapi jenama "Ubuntu" juga pelik kan?

Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Gambas 2, Nokuntu membolehkan kita membuat backup dan recovery untuk telefon Nokia. Anda juga boleh membaca dan menghantar SMS melalui Ubuntu dan menguruskan no telefon menggunakan perisian Evolution. Yang hebatnya ia juga membolehkan telefon Nokia kita jadi webcam.

Fungsi utama dari perisian ini adalah:
  • SMS Backup
  • Modem
  • Pengurus Media
  • Pengurus No Telefon melalui Evolution
  • Telefon sebagai Webcam
  • Telefon sebagai Modem
  • Sokongan sambunagn Bluetooth ~ PC
  • Paparan Maklumat telefon
Oleh kerana ia projek baru, mungkin ramai yang belum tahu dan mungkin juga tidak semua model telefon NOKIA disokong. 

Bagaimana mendapatkannya.

Nokuntu belum terdapat dalam Ubuntu Software Center dan belum ada untuk versi Natty. Anda perlu memasangnya sendiri dengan cara berikut :

Untuk Ubuntu Maverick 10.10 = taip di terminal 
"sudo add-apt-repository ppa:matiaspar/nokuntu"
"sudo apt-get update"
"sudo apt-get install nokuntusp"
Untuk Ubuntu Natty 11.04 = taip di terminal

"sudo add-apt-repository ppa:matiaspar/nokuntu"
Langkah2 tambahan sebab Nokuntu hanya ada versi Maverick:
Ubuntu Software Center
 
1. Buka Ubuntu Software Center
2. Tekan CTRL+E 
3. Tekan S
4. Masukkan password anda
5. Bila Software Sources timbul, pilih tab OTHER SOFTWARE
6. Cari "matiaspar/nokuntu", Tekan Edit dan Ubah [Natty] jadi [Maverick].
Cari line "matiaspar/nokuntu"
Ubah [Natty] jadi [Maverick]
Ubah [Natty] jadi [Maverick]
7. Close dan teruskan dengan menaip dalam terminal. (Perlu untuk install GAMBAS secara automatik)

"sudo apt-get update"
"sudo apt-get install nokuntusp"

Itu saja. Saya telah cuba dan mendapati, secara umumnya ia berfungsi dengan baik. Walau bagaimana pun, fungsi SMS (baca dan hantar) tidak aktif untuk model telefon saya.

Tapi perlu diingat, perisian in masih lagi dalam mod BETA iaitu mod pengujian. Jadi mungkin akan terdapat beberapa masalah yang akan anda temui.

No comments

Terima kasih.