Header Ads

Games untuk Linux 2011

Laman Web Penguspy
Berita gembira untuk para pengemar permainan komputer. Sekarang anda boleh mendapatkan maklumat mengenai games yang boleh dimainkan dalam Linux dengan senang. Laman Web PenguSpy yang mempunyai antaramuka yang menarik, memaparkan pelbagai permainan komputer untuk Sistem Pengoperasian Linux. Di situ terdapat permainan yang percuma dan berbayar. Melalui laman web itu juga, anda boleh ketahui permainan-permainan baru dan juga genrenya.

Terdapat genre permainan "action", "arcade", "music", "adventure", "puzzle", "racing", "shooter" dan banyak lagi. Anda juga boleh membaca reviu suatu permainan dan memberikan "rating" atau pun komen.

Di situ juga diselitkan games yang dicadang di mana, kebanyakannya adalah amat baik. Secara amnya, games di Linux mengorak satu langkah lagi ke hadapan.

Cirinya :
  • Direktori online permainan Linux.
  • Antaramuka menarik.
  • Games diletakkan dalam pelbagai kategori.
  • Fungsi carian.
  • Fungsi reviu, video, komen dan rating.
Untuk melihat sendiri, sila ke www.penguspy.com
p/s : Saya tidak minat main games tapi saya telah mencuba beberapa games dan saya rasa ia amat menarik.

1 comment:

Terima kasih.