Header Ads

Aplikasi ‘Test Drive’ - Mencuba program dalam Ubuntu tanpa memasangnya.

Fungsi 'Test Drive' dalam Ubuntu 11.04 - Natty Narwhal – Cuba dulu baru tahu...

Saudara Stéphane Graber  pencipta 'Test Drive' baru-baru ini telah mengumumkan hampir setiap aplikasi dalam Ubuntu Natty sekarang boleh dicuba tanpa memasang terlebih dahulu melalui Ubuntu Software Centre. Ini bermakna lebih 1300 aplikasi Ubuntu boleh dicuba menggunakan 'Test Drive'.

Sebelum ini, servis berkenaan hanya menyediakan percubaan untuk 50 aplikasi paling popular sahaja.

Semua boleh dicuba dengan fungsi ini?

Sebenarnya, bukan setiap aplikasi tersedia untuk dicuba kerana terdapat juga aplikasi yang tidak dibenarkan, contohnya aplikasi yang melebihi saiz 150MB dan juga aplikasi yang dikategorikan kurang selamat kepada kestabilan sistem juka menggunakan fungsi ini seperti  (Video editor, 3D, Virtualbox, dsb).

Untuk mengaktifkan fungsi ini, kita perlu terlebih dahulu install perisian ‘qtnx‘. Perisian ini boleh dipasang dalam Ubuntu Software Center. Sebenarnya 'Test Drive' ini berfungsi dengan menyambungkan komputer kita kepada komputer pelayan di Jerman menggunakan protokol ‘NX' iaitu satu kaedah paparan antaramuka secara berjauhan. Dengan kata lain, jika kita menggunakan 'Test Drive', kita sebenarkan menjalankan aplikasi di komputer pelayan tersebut dan kemudiannya aplikasi ini dipaparkan kembali di skrin komputer kita.

Biar apa pun, fungsi ini sebenarnya boleh membantu kita mencuba aplikasi-aplikasi dalam Ubuntu tanpa mengubah sistem komputer kita dengan syarat kita mempunyai talian internet yang laju. Saya telah mencuba dengan talian Streamyx 1MB dan ternyata ada masanya 'Test Drive' agak semput untuk memaparkan paparan yang lancar. Ini berkemungkinan besar di sebabkan oleh servernya yang jauh iaitu di Jerman. Mungkin ada yang telah mencuba dengan talian yang lebih laju?

No comments

Terima kasih.