Install flash untuk firefox

Untuk install flash dalam firefox ni lebih kurang.

Sebelum tu sila pastikan anda sudah install ubuntu-restricted-extra ( lihat tip sebelum ini jika belum lagi).

Cara-caranya :

Mozilla 1.4 ke atas sahaja

1. Buka terminal (Applications-Accessories-Terminal)
Taip sudo su
Bubuh password anda
Tukar direktori kepada :

cd /plugins

2. Buat symbolic link kepada JRE ns7/libjavaplugin_oji.so

ln -s /plugin/i386/ns7/libjavaplugin_oji.so

Lihat contoh ni untuk lebih faham lagi:

* Katakan firefox diinstall di sini:
/usr/lib/firefox/

* manakala JRE pula di install disini:
/usr/lib/jvm/java-6-sun-1.6.0.03/jre/

* Kemudian diterminal (selepas sudo su):
cd /usr/lib/firefox/plugins

* Buat symbolic link dengan menaip arahan dibawah - copy paste pun boleh.
ln -s /usr/lib/jvm/java-6-sun-1.6.0.03/jre/plugin/i386/ns7/libjavaplugin_oji.so

3. Restart Firefox.

Kan senang tu.

Enable Java in Firefox - Guna Java dalam Firefox

Okay, jika anda perlu capai laman web yang menggunakan java, anda perlu set JAVA dalam Firefox anda.

Sebelum tu sila pastikan anda sudah install ubuntu-restricted-extra ( lihat tip sebelum ini jika belum lagi).

Cara-caranya :

Mozilla 1.4 ke atas sahaja

1. Buka terminal (Applications-Accessories-Terminal)
Taip sudo su
Bubuh password anda
Tukar direktori kepada :

cd /plugins

2. Buat symbolic link kepada JRE ns7/libjavaplugin_oji.so

ln -s /plugin/i386/ns7/libjavaplugin_oji.so

Lihat contoh ni untuk lebih faham lagi:

* Katakan firefox diinstall di sini:
/usr/lib/firefox/

* manakala JRE pula di install disini:
/usr/lib/jvm/java-6-sun-1.6.0.03/jre/

* Kemudian diterminal (selepas sudo su):
cd /usr/lib/firefox/plugins

* Buat symbolic link dengan menaip arahan dibawah - copy paste pun boleh.
ln -s /usr/lib/jvm/java-6-sun-1.6.0.03/jre/plugin/i386/ns7/libjavaplugin_oji.so

3. Restart Firefox.

Kan senang tu.

playing mp3 , 3gp , avi , vcd , dvd , flash, java in ubuntu - pasang codec - install

Selepas install ubuntu, mesti kita nak test media file.

Biasanya dalam Windows, kita pakai mp3, avi, atau mpeg, tapi dalam persekitaran Linux/ Open Source ni mp3 tu ada alternatifnya iaitu ogg.

Bukannya mp3 tidak dipakai tapi ia dalah format yang tidak percuma. Dengan kata lain ubuntu gunakan istilah 'restricted' format.

Tapi jangan risau, senang saja nak pasang codec untuk semua tu. Sudah ada dalam Ubuntu pun. Ikuti langkah-langkah ini untuk install.

Klik [System] - [Administration] - [Synaptic Package Installer]

Masukkan password anda

Lepas tu dekat Search tu taip ubuntu-restricted-extra

Klik / pilih ubuntu-restricted-extra tu dan Apply. Pastikan anda ada sambungan internet ya.

Install windows dalam Linux Ubuntu

Asal-usul:

Hari ini saya ditanya oleh seorang rakan mengenai Ubuntu. Agak sukar juga saya nak menjawab kerana rakan saya ini bukanlah seorang yang cakna mengenai komputer. Guna komputer pun setakat untuk menaip sahaja. Bila saya tunjukkan Ubuntu Gutsy 7.10 kepadanya, beliau masih memanggilnya Windows! :P

Tapi agak bangga juga rasa hati saya bila rakan saya tadi mula memberikan komen positif. Pertamanya mengenai paparan desktop; katanya lebih canggih dan ringkas dan menarik; apa tidaknya, saya guna theme OS X Leopard..hahahaha...

Keduanya si rakan tadi berkata pergerakan cursor-mouse nampak lebih ringan dan lancar. Tapi bila dia mula mencari MSWord yang biasa digunakannya untuk menaip, dia nampaknya sedikit keliru bila OpenOffice Writer yang keluar.... hahaha... surprise!! Lawak juga bila dia berkata MSWord dalam komputer saya ini lain versi daripada MSWord dalam komputernya.

Ceriteranya:

Saya tersengih sendiri bila mendengar komennya itu. Tapi rasa kesian pun ada juga. Huh.. rupanya belum faham lagi dia fasal OS ni walau pun dah diterangkan berulang kali...

Lalu saya bukakan VMWare Server Console dan saya katakan kepadanya bahawa saya akan tunjukkan apa itu OS sebenarnya. Saya setupkan space untuk install Windows XP sebanyak 8GB dan saya masukkan CD installer MS Windows XP Home, Saya installkan Windows dalam Ubuntu melalui VMWare dihadapannya. Kemudian saya installkan pula Office 2003. Setelah berjaya saya minta beliau cuba run Windows tersebut. Saya bertanya, kalau yang dipakainya ketika itu Windows yang sebelumnya itu apa? Windows juga ke?

Maka panjanglah pula cerita saya fasal OS kepadanya, tapi yang bestnya bila dia mula mengangguk-angguk kepala ( tanda faham?) sambil mengatakan "Ooo...rupanya OS ni program dalam program lah yea?" Ces... tak paham-paham lagi rupanya???!!! :)

Tukar OS Lagi!!!


Setelah saya mengambil keputusan untuk membuang Vista, saya terfikir, adakah notebook saya boleh menerima linux? Sudah lama saya tidak menggunakan linux, agaknya sudah 3 tahun. Bukan kerana tak berminat tetapi kerana kerja yang memaksa saya sentiasa berada dalam persekitaran Windows... urghhh...

Saya mula kaji distro yang terkenal dan paling banyak support sekarang dan saya jumpa satu distro yang membuat saya amat tertarik kerana supportnya meluas melebihi yang lain iaitu UBUNTU.

Ubuntu? Ibuntu? Semua buntu! Itulah lawak yang saya buat pada mula-mulanya, ketika saya mendownload distro tersebut. Namun dalam hati saya, saya masih tidak meletakkan banyak harapan kepada distro linux ini. Jika ia bermasalah, saya akan pasang dan guna balik XP.

Pemasangan Ubuntu 7.10 ini amat senang kerana pemasangannya dilakukan dalam live CD. Maksud saya, masukkan Cd dalam drive , boot, tunggu desktop keluar, tekan butang install dan semuanya dilakukan semasa masih dalam live CD, bukannya kena boot semula. Hebat juga!

Setelah menunggu lebih kurang 40 minit, ubuntu telah terpasang dalam notebook. Soalan pertama yang timbul dalam kepala saya adalah mengenai driver kepada hardware. Jadi saya periksa sound, yes... sound ok, saya check pula display, juga ok, kemudian saya check semua hardware... semuanya disupport oleh ubuntu.. Bagus!!!

Dalam ubuntu telah ada OpenOffice yang saya rasa setara dengan MS Office 2003. Cuma bila saya nak mainkan video .avi dan .wmv dan juga .mp3, ubuntu meminta agar saya download codecs. Rupanya pemasangan asal tidak menyertakan codec multimedia.

Dalam ubuntu juga ada fungsi seperti Windows Update, iaitu Synaptic Package manager. Semua perisian untuk ubuntu daripada syarikat dan komuniti dikumpulkan dalam satu tempat dan Synaptic akan menyenaraikannya. Dengan kata lain, ia lebih berguna berbanding Windows Update kerana windows hanya memberi update untuk windows dan office tapi ubuntu memberi pilihan untuk install program baru atau kemaskini program sedia ada secara langsung. Memang menyenangkan.

Apabila saya mencuba melayari internet menggunakan browser firefox yang sedia terinstall, flash plugin tiada, jadi saya cuba install sendiri plugin tersebut. Itu adalah kesilapan pertama saya kerana sepatutnya saya membuat proses update ubuntu terlebih dahulu. Apabila selesai update, flash player telah diinstall secara automatik.

Hari ini adalah hari ketiga saya menggunakan ubuntu dan saya semakin suka menggunakannya. Hari ini saya berjaya memasang theme OSX kepada Gnome. Lihat gambar desktop saya dibawah, sungguh menarik. Saya akan bercerita lagi mengenai ubuntu saya ini selepas ini.

Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable

Tukar OS

Minggu lepas saya akhirnya mengambil keputusan untuk memformat kembali hardisk saya. Mungkin disebabkan oleh kebosanan melihat Windows XP atau saja-saja mahu mencuba Windows Vista.

Setelah semua perisian (OS Vista dan drivers notebook HP Compaq) saya perolehi, saya mula memikirkan senario terburuk yang mungkin berlaku. Tapi memandangkan saya cukup berminat untuk mengetahui dan merasa sendiri OS Vista, saya teruskan juga.

Pemasangan OS Vista seperti yang saya jangka berjalan lancar dan tidak mengalami apa-apa masalah. Secara amnya ia tidak banyak berbeza dengan prosedur memasang versi windows sebelum ini.

Setelah pemasangan selesai, saya agak kagum dengan paparan desktopnya yang menggunakan Aero yang seperti cermin itu. Namun bukan paparan yang saya cari sebenarnya, saya cuba melihat service yang dijalankan dan juga process yang terbuka secara default. Banyak betul senarainya, tidak seperti XP. Saya tertanya-tanya untuk apa tambahan service dan process tersebut?

Saya membuat sedikit pencarian maklumat dan kajian dalam internet, dan nampaknya kebanyakkan service/process tersebut adalah 'alat mekap' Vista. Dengan kata lain, XP yang dimekapkan dengan tebal.... sungguh mengejutkan...

Saya ada terbaca satu artikel dalam internet, XP boleh ditransform kepada Vista, bukan setakat paparan desktop sahaja malah melangkaui sistemnya sendiri. Logik juga kerana Windows Defender boleh didownload untuk XP, begitu juga dengan kebanyakan utiliti kecil yang demasukkan sekali dalam Vista.

Selepas itu saya offkan semua fungsi yang berkaitan mekap-memekap Vista ni, memang paparan XP dibawahnya. Saya teringat semasa ME mula-mula keluar dahulu, ia tidak banyak berbeza dengan Win98, dan nampaknya sejarah berulang lagi. Dalam 2 hari saya simpulkan Vista adalah XP SE sebagai mana Win98 => Win98Se => Windows ME. Tiada yang menarik kepada saya sebenarnya dan fungsi-fungsi seperti sleep/hibernate , user account control yang asyik menanyakan password itu amat menjengkelkan saya.

Secara amnya, Vista sebenarnya dicipta untuk kecantikan, keselamatan dan mesra pengguna tapi ia gagal menarik minat saya untuk menggunakannya untuk masa hadapan. Mungkin MSSoft akan mengeluarkan versi baru selepas ini?

HP Compact V3000
Core Duo 1.73 GHz
2 GB DDR2 RAM
40GB HDD
ADSL 1 MiB/s

P/S: Saya telah mengeluarkan Vista setelah 6 hari menggunakannya, tak tahan..:P