Header Ads

Tukar OS

Minggu lepas saya akhirnya mengambil keputusan untuk memformat kembali hardisk saya. Mungkin disebabkan oleh kebosanan melihat Windows XP atau saja-saja mahu mencuba Windows Vista.

Setelah semua perisian (OS Vista dan drivers notebook HP Compaq) saya perolehi, saya mula memikirkan senario terburuk yang mungkin berlaku. Tapi memandangkan saya cukup berminat untuk mengetahui dan merasa sendiri OS Vista, saya teruskan juga.

Pemasangan OS Vista seperti yang saya jangka berjalan lancar dan tidak mengalami apa-apa masalah. Secara amnya ia tidak banyak berbeza dengan prosedur memasang versi windows sebelum ini.

Setelah pemasangan selesai, saya agak kagum dengan paparan desktopnya yang menggunakan Aero yang seperti cermin itu. Namun bukan paparan yang saya cari sebenarnya, saya cuba melihat service yang dijalankan dan juga process yang terbuka secara default. Banyak betul senarainya, tidak seperti XP. Saya tertanya-tanya untuk apa tambahan service dan process tersebut?

Saya membuat sedikit pencarian maklumat dan kajian dalam internet, dan nampaknya kebanyakkan service/process tersebut adalah 'alat mekap' Vista. Dengan kata lain, XP yang dimekapkan dengan tebal.... sungguh mengejutkan...

Saya ada terbaca satu artikel dalam internet, XP boleh ditransform kepada Vista, bukan setakat paparan desktop sahaja malah melangkaui sistemnya sendiri. Logik juga kerana Windows Defender boleh didownload untuk XP, begitu juga dengan kebanyakan utiliti kecil yang demasukkan sekali dalam Vista.

Selepas itu saya offkan semua fungsi yang berkaitan mekap-memekap Vista ni, memang paparan XP dibawahnya. Saya teringat semasa ME mula-mula keluar dahulu, ia tidak banyak berbeza dengan Win98, dan nampaknya sejarah berulang lagi. Dalam 2 hari saya simpulkan Vista adalah XP SE sebagai mana Win98 => Win98Se => Windows ME. Tiada yang menarik kepada saya sebenarnya dan fungsi-fungsi seperti sleep/hibernate , user account control yang asyik menanyakan password itu amat menjengkelkan saya.

Secara amnya, Vista sebenarnya dicipta untuk kecantikan, keselamatan dan mesra pengguna tapi ia gagal menarik minat saya untuk menggunakannya untuk masa hadapan. Mungkin MSSoft akan mengeluarkan versi baru selepas ini?

HP Compact V3000
Core Duo 1.73 GHz
2 GB DDR2 RAM
40GB HDD
ADSL 1 MiB/s

P/S: Saya telah mengeluarkan Vista setelah 6 hari menggunakannya, tak tahan..:P

No comments

Terima kasih.