Install windows dalam Linux Ubuntu
Asal-usul:
Hari ini saya ditanya oleh seorang rakan mengenai Ubuntu. Agak sukar juga saya nak menjawab kerana rakan saya ini bukanlah seorang yang cakna mengenai komputer. Guna komputer pun setakat untuk menaip sahaja. Bila saya tunjukkan Ubuntu Gutsy 7.10 kepadanya, beliau masih memanggilnya Windows! :P
Tapi agak bangga juga rasa hati saya bila rakan saya tadi mula memberikan komen positif. Pertamanya mengenai paparan desktop; katanya lebih canggih dan ringkas dan menarik; apa tidaknya, saya guna theme OS X Leopard..hahahaha...
Keduanya si rakan tadi berkata pergerakan cursor-mouse nampak lebih ringan dan lancar. Tapi bila dia mula mencari MSWord yang biasa digunakannya untuk menaip, dia nampaknya sedikit keliru bila OpenOffice Writer yang keluar.... hahaha... surprise!! Lawak juga bila dia berkata MSWord dalam komputer saya ini lain versi daripada MSWord dalam komputernya.
Ceriteranya:
Saya tersengih sendiri bila mendengar komennya itu. Tapi rasa kesian pun ada juga. Huh.. rupanya belum faham lagi dia fasal OS ni walau pun dah diterangkan berulang kali...
Lalu saya bukakan VMWare Server Console dan saya katakan kepadanya bahawa saya akan tunjukkan apa itu OS sebenarnya. Saya setupkan space untuk install Windows XP sebanyak 8GB dan saya masukkan CD installer MS Windows XP Home, Saya installkan Windows dalam Ubuntu melalui VMWare dihadapannya. Kemudian saya installkan pula Office 2003. Setelah berjaya saya minta beliau cuba run Windows tersebut. Saya bertanya, kalau yang dipakainya ketika itu Windows yang sebelumnya itu apa? Windows juga ke?
Maka panjanglah pula cerita saya fasal OS kepadanya, tapi yang bestnya bila dia mula mengangguk-angguk kepala ( tanda faham?) sambil mengatakan "Ooo...rupanya OS ni program dalam program lah yea?" Ces... tak paham-paham lagi rupanya???!!! :)

Post a Comment