Tukar OS Lagi!!!
Setelah saya mengambil keputusan untuk membuang Vista, saya terfikir, adakah notebook saya boleh menerima linux? Sudah lama saya tidak menggunakan linux, agaknya sudah 3 tahun. Bukan kerana tak berminat tetapi kerana kerja yang memaksa saya sentiasa berada dalam persekitaran Windows... urghhh...
Saya mula kaji distro yang terkenal dan paling banyak support sekarang dan saya jumpa satu distro yang membuat saya amat tertarik kerana supportnya meluas melebihi yang lain iaitu UBUNTU.
Ubuntu? Ibuntu? Semua buntu! Itulah lawak yang saya buat pada mula-mulanya, ketika saya mendownload distro tersebut. Namun dalam hati saya, saya masih tidak meletakkan banyak harapan kepada distro linux ini. Jika ia bermasalah, saya akan pasang dan guna balik XP.
Pemasangan Ubuntu 7.10 ini amat senang kerana pemasangannya dilakukan dalam live CD. Maksud saya, masukkan Cd dalam drive , boot, tunggu desktop keluar, tekan butang install dan semuanya dilakukan semasa masih dalam live CD, bukannya kena boot semula. Hebat juga!
Setelah menunggu lebih kurang 40 minit, ubuntu telah terpasang dalam notebook. Soalan pertama yang timbul dalam kepala saya adalah mengenai driver kepada hardware. Jadi saya periksa sound, yes... sound ok, saya check pula display, juga ok, kemudian saya check semua hardware... semuanya disupport oleh ubuntu.. Bagus!!!
Dalam ubuntu telah ada OpenOffice yang saya rasa setara dengan MS Office 2003. Cuma bila saya nak mainkan video .avi dan .wmv dan juga .mp3, ubuntu meminta agar saya download codecs. Rupanya pemasangan asal tidak menyertakan codec multimedia.
Dalam ubuntu juga ada fungsi seperti Windows Update, iaitu Synaptic Package manager. Semua perisian untuk ubuntu daripada syarikat dan komuniti dikumpulkan dalam satu tempat dan Synaptic akan menyenaraikannya. Dengan kata lain, ia lebih berguna berbanding Windows Update kerana windows hanya memberi update untuk windows dan office tapi ubuntu memberi pilihan untuk install program baru atau kemaskini program sedia ada secara langsung. Memang menyenangkan.
Apabila saya mencuba melayari internet menggunakan browser firefox yang sedia terinstall, flash plugin tiada, jadi saya cuba install sendiri plugin tersebut. Itu adalah kesilapan pertama saya kerana sepatutnya saya membuat proses update ubuntu terlebih dahulu. Apabila selesai update, flash player telah diinstall secara automatik.
Hari ini adalah hari ketiga saya menggunakan ubuntu dan saya semakin suka menggunakannya. Hari ini saya berjaya memasang theme OSX kepada Gnome. Lihat gambar desktop saya dibawah, sungguh menarik. Saya akan bercerita lagi mengenai ubuntu saya ini selepas ini.
Loading image
Click anywhere to cancel
Image unavailable
Post a Comment