Cari duit melalui Internet

Salam kepada semua pembaca setia dan yang tak setia..ehehe.

Sebelum ni saya dah cuba macam-macam untuk cari side income melalui Internet nih. Saya pernah jual barang fizikal, jual produk digital, blogging adsense, buat pengiklanan... tapi tak semuanya untung, malahan banyak yang tak balik modal pun. Mungkin saya tak pandai berniaga dalam internet? 

Lama-lama naik rimas juga. Asyik tak berjaya je. Saya pernah putus asa, tinggal terus niat cari duit melalui Internet ni hampir 2 tahun. Dah serik.

Tapi, nak dijadikan cerita, dua-tiga minggu lepas, saya terserempak dengan satu blog yang promote panduan mencari kerja dalam Internet iaitu Jobdirumah. Sebenarnya saya agak tertarik tapi sebab kat blog tu dia cakap kena bayar RM50 untuk join, saya matikan saja niat nak join tu. Malas lah nak bayar-bayar ni... nanti hilang lagi duit modal.

 Nak dijadikan cerita lagi, saya dah dapat satu bayaran dari iklan! Uihh...rezeki yang tak disangka-sangka. Apa lagi, saya terus join JobDirumah.

Rupa-rupanya Jobdirumah ni macam agenlah bagi syarikat yang offer bekerja dari rumah. Ia juga ada affliate program. Bagus, saya nak cuba juga program affiliate yang ni.

Jadi, dengan wang RM50 ni, saya akan laburkan untuk bayar yuran JobdiRumah. Moga-moga modal saya ni akan dapat balik lah. Risau juga saya takut-takut benda ni scam. Tapi takpelah, kita cuba dulu. Kalau nak kira risiko, makan nasi pun boleh tercekik, betul tak?

Nanti saya update kalau ada apa-apa perubahan lepas ni. Nak kena bid kerja dulu ni. Kepada sifu-sifu Internet yang dah join Jobdirumah, minta kongsilah kaedah terbaik untuk dapatkan kerja mahal di Jobdirumah ni. Kalau ada mana-mana pembaca nak tanya apa-apa ,boleh tanya di ruangan komen tu.

Wish me luck! Terima kasih.

Tutorial GIMP : Membuang latar belakang dalam gambar

Salam kepada semua pembaca. Hari ni tak tau nak buat apa, nak tulis blog pon tak ada idea. Sehari dua ni asyik 'kobek' template blogger je. Maklumlah 2013 dah dekat, kenalah tukar template kasi sedap sikit mata memandang. Template hari tu pun okay, malahan berjaya menaikkan PR Google dan Alexa saya. Tapi saya dah bosan dengan kaler biru pucat tu. Nampak macam tak menarik je.

Apa-apa pun, saya memang jenis mudah bosan pun.

Baik, balik pada cerita asal kita hari ni. Saya nak belajar GIMP, perisian percuma yang seakan-akan Photoshop. Buat masa ni belajar kemahiran yang asas dulu - Buang latar belakang gambar.

Saya pun bukannya pandai sangat, tapi pernah juga saya lihat kawan saya yang power Photoshop gunakan Paths Tool untuk potong gambar yang kita nak asingkan dari latar belakangnya. Nak minta kawan tolong, kawan takde tapi Pakcik Google adalah masa ni. Akhirnya saya pilih satu tutorial dari Youtube.

Apa pun, antara alat atau tools dalam GIMP yang katanya kena belajar guna untuk tujuan ini adalah :-

1. Paths Tool
Untuk trace dan tanda sempadan gambar yang akan diasingkan.

2. Zoom Tool
Untuk mudahkan kerja-kerja tracing tadi.

3. Merge Down
Untuk kekalkan layer dengan perubahan latar belakang baru.

4. From Path
Untuk tetapkan pilihan tracing.

5. Invert
Untuk tukarkan atau balikkan warna asal latar belakang.

6. Select Border
Pilih sempadan gambar.

7. Blur-Gaussian blur
Nak kaburkan latar belakang baru (rata).

8. Open as layer
Buka sebagai layer untuk gabung gambar ngan latar belakang baru.

9. Blur-Motion blur
Untuk kaburkan gambar latar belakang tapi jenis motion (gerakan).

Sebenarnya, ada banyak cara untuk buat operasi ganti latar belakang ni. Mana-mana satu pon boleh asalkan hasilnya cantik, betul tak?

Cakap banyak pun tak guna, tengok je lah tutorial kat Youtube ni sampai habis:




Cara nak root dan flash SGS2 guna Heimdall dan Ubuntu

Gambar Home Screen Saya 
Semalam Samsung Galaxy S2 saya 'hang' akibat kegagalan proses upgrade dari Gingerbread ke OS Jelly Bean yang baru. Bila saya restart, hanya logo Samsung S2 dipaparkan dan saya tidak dapat masuk ke OS. Memandangkan warranty setahun saya dah tamat, saya mengambil keputusan untuk root dan install ROM yang lain selain stock ROM Jelly Bean.

Setelah membuat beberapa research bertemankan Pakcik Google, akhirnya saya dapati satu aplikasi yang bernama Heimdall menarik hati saya. Yang paling menarik Heimdall ni boleh run secara native dalam Ubuntu saya untuk root atau flash custom ROM. 

Ok, cukuplah tu untuk pengenalan. Mari kita mulakan.

*** AMARAN RISIKO : 

  1. Warranti SGS2 boleh dibatalkan kalau Samsung tau anda ROOT SGS2 anda. 
  2. Kalau tak jadi proses ni mungkin boleh rosakkan SGS2.
  3. Data dan gambar-gambar serta segala yg ada dalam SGS2 anda akan hilang, FACTORY SETTING.

Jadi baca elok-elok dan esok-esok jangan nak salahkan saya. Saya tak boleh dipertanggungjawabkan. Segala apa panduan yang saya tulis ni hanya untuk belajar suka-suka je. Saya dah beri amaran nih. ***

1. Benda yang wajib ada :-
  • a. Terminal Ubuntu
    • Kalau guna windows, sila tunggu tutorial saya seterusnya..heheh
  • b. Aplikasi Heimdall
    • Heimdall sekarang ada versi terbaru 1.3.2 tapi JANGAN pakai ni, banyak masalah. 
    • Pakai versi 1.3.1. 
    • Download dan install satu fail je, okay. (Kalau pakai Ubuntu 64 bit, pilih yg kat bawah nun). Tak tau nak install? Alahai... double klik je la lepas download.
    • Release: Heimdall 1.3.1 – Command Line (Binary)
      Platforms: Debian Linux (i386 / x86)
      Release: Heimdall 1.3.1 – Command Line (Binary)
      Platforms: Debian Linux (AMD64 / Intel 64)
  • c. Kabel data / charger USB SGS2
  • d. Fail kernel untuk root SGS2. Download dan extract kat folder Downloads dlm Ubuntu tu.
2. Benda yang wajib buat :-

  • a. Baca elok-elok, buat satu-satu :
    • Kat SGS2; Tekan serentak dan jangan lepas butang VOLUME DOWN, HOME dan POWER untuk 8-10 saat sampai keluar satu skrin maklumat. Kalau tak jadi cuba sekali lagi sampai jadi. Kalau skrin maklumat tu dah keluar, bolehlah lepaskan butang-butang tu. 
    • Tekan butang VOLUME  UP pulak. Nanti ada keluar perkataan "Downloading Mode".
    • Pastu sambungkan SGS2 kepada komputer
    • Kat Ubuntu; Bukak Terminal dan taip :
      • sudo heimdall detect
    • Kalau dia keluar macam kat bawah ni, boleh teruskan:
        • Device Detected
    • Masuk folder Downloads, taip:
      • cd Downloads
    • Okay, sekarang kita nak root Android dah nih. Taip elok-elok:
      • sudo heimdall flash --kernel zImage
    • Tunggu sampai dia siap flash 100%. Kat SGS2 tu patutnya ada keluar bar warna biru. Kalau dia dah siap dia akan restart SGS2.
3. Benda yang wajib kena check :-

  • a. Keluar segitiga amaran bila restart SGS2.
  • b. Cuba tekan VOLUME UP, HOME dan POWER serentak, keluar tak menu Recovery? Haaa.. menu ni lah yang kita boleh pakai untuk flash ROM yang lagi power-power. 
Gambar Lock Screen SGS2 saya sekarang
Kalau tak boleh masuk dah SGS2, KEMBALI ke ROM ASAL atau cuba flash ROM lain:- 

  • a. Kalau tak jadi cuba download stock rom untuk Malaysia nih. (Daftar dulu jadi user dia baru leh download).
    • Malaysia 2011 September 2.3.3 I9100DXKI2 ## I9100OLCKH1 Download



  • b. Extract dalam folder Downloads. Kalau dia wat folder baru dan dlm tu ada fail jenis .tar, extract lagi sampai keluar 8 fail-fail macam kat bawah ni :-
    • boot.bin
    • cache.img
    • factoryfs.img
    • hidden.img
    • modem.bin
    • param.lfs.
    • Sbl.bin
    • zImage
  • c. Tekan VOLUME DOWN, HOME, POWER serentak dan masuk ke dalam Download Mode.
  • d. Buka terminal semula dan masuk ke folder fail-fail tu, taip:-
      • cd I9100DXKI2_I9100OLCKH1_XME/
      • cd I9100DXKI2_I9100OLCKH1_I9100DXKI1_HOME/
  • e. Pastu taip arahan ni untuk flash ROM SGS2 versi Gingerbread Original untuk Malaysia:-
      • sudo heimdall flash --factoryfs factoryfs.img --primary-boot boot.bin --secondary-boot Sbl.bin --param param.lfs --kernel zImage --modem modem.bin --kernel zImage --hidden hidden.img 
    • Kalau dah siap 100 % dan SGS2 dah restart elok macam biasa, boleh lah download dulu ROM yang power-power dalam internal SDCARD. Contohnya Rainbox ROM Jelly Bean ni.
    • Siap download ROM flash root balik macam langkah 2 atas nun tadi.
FLASH RAINBOX ROM (Jelly Bean)
ROM Rainbox 7 dalam SGS2 saya;
berjaya diflash
menggunakan HEIMDALL dan Ubuntu

  • a. Tekan VOL UP, HOME, POWER untuk ke menu recovery. 
  • b. Pilih menu Advanced dan Pilih Wipe Dalvik Cache (vol-up,vol-down untuk pilih, butang power utk sah pilihan)
  • c. Pilih menu Install zip dan Choose from Internal sdcard
  • d. Pilih Rainbox Rom V7.zip
  • e. Pilih Yes -Install Rainbox....
  • f. Biarkan proses install / flash ni siap. Kalau dah siap nanti dia restart sendiri.
  • g. Tunggu restart kali pertama kadang-kadang dalam 3-4 minit. Kalau lama sangat, flash anda tak jadi la tu... cuba semula.
Okay, selamat berjaya. Kalau ada apa-apa feedback, saya sedia mendengar.