Cari duit melalui Internet

Salam kepada semua pembaca setia dan yang tak setia..ehehe.

Sebelum ni saya dah cuba macam-macam untuk cari side income melalui Internet nih. Saya pernah jual barang fizikal, jual produk digital, blogging adsense, buat pengiklanan... tapi tak semuanya untung, malahan banyak yang tak balik modal pun. Mungkin saya tak pandai berniaga dalam internet? 

Lama-lama naik rimas juga. Asyik tak berjaya je. Saya pernah putus asa, tinggal terus niat cari duit melalui Internet ni hampir 2 tahun. Dah serik.

Tapi, nak dijadikan cerita, dua-tiga minggu lepas, saya terserempak dengan satu blog yang promote panduan mencari kerja dalam Internet iaitu Jobdirumah. Sebenarnya saya agak tertarik tapi sebab kat blog tu dia cakap kena bayar RM50 untuk join, saya matikan saja niat nak join tu. Malas lah nak bayar-bayar ni... nanti hilang lagi duit modal.

 Nak dijadikan cerita lagi, saya dah dapat satu bayaran dari iklan! Uihh...rezeki yang tak disangka-sangka. Apa lagi, saya terus join JobDirumah.

Rupa-rupanya Jobdirumah ni macam agenlah bagi syarikat yang offer bekerja dari rumah. Ia juga ada affliate program. Bagus, saya nak cuba juga program affiliate yang ni.

Jadi, dengan wang RM50 ni, saya akan laburkan untuk bayar yuran JobdiRumah. Moga-moga modal saya ni akan dapat balik lah. Risau juga saya takut-takut benda ni scam. Tapi takpelah, kita cuba dulu. Kalau nak kira risiko, makan nasi pun boleh tercekik, betul tak?

Nanti saya update kalau ada apa-apa perubahan lepas ni. Nak kena bid kerja dulu ni. Kepada sifu-sifu Internet yang dah join Jobdirumah, minta kongsilah kaedah terbaik untuk dapatkan kerja mahal di Jobdirumah ni. Kalau ada mana-mana pembaca nak tanya apa-apa ,boleh tanya di ruangan komen tu.

Wish me luck! Terima kasih.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

30 ulasan:

Post a Comment

Terima kasih.