Cara nak root dan flash SGS2 guna Heimdall dan Ubuntu
Gambar Home Screen Saya |
Setelah membuat beberapa research bertemankan Pakcik Google, akhirnya saya dapati satu aplikasi yang bernama Heimdall menarik hati saya. Yang paling menarik Heimdall ni boleh run secara native dalam Ubuntu saya untuk root atau flash custom ROM.
Ok, cukuplah tu untuk pengenalan. Mari kita mulakan.
*** AMARAN RISIKO :
Jadi baca elok-elok dan esok-esok jangan nak salahkan saya. Saya tak boleh dipertanggungjawabkan. Segala apa panduan yang saya tulis ni hanya untuk belajar suka-suka je. Saya dah beri amaran nih. ***
*** AMARAN RISIKO :
- Warranti SGS2 boleh dibatalkan kalau Samsung tau anda ROOT SGS2 anda.
- Kalau tak jadi proses ni mungkin boleh rosakkan SGS2.
- Data dan gambar-gambar serta segala yg ada dalam SGS2 anda akan hilang, FACTORY SETTING.
Jadi baca elok-elok dan esok-esok jangan nak salahkan saya. Saya tak boleh dipertanggungjawabkan. Segala apa panduan yang saya tulis ni hanya untuk belajar suka-suka je. Saya dah beri amaran nih. ***
1. Benda yang wajib ada :-
- a. Terminal Ubuntu
- Kalau guna windows, sila tunggu tutorial saya seterusnya..heheh
- b. Aplikasi Heimdall
- Heimdall sekarang ada versi terbaru 1.3.2 tapi JANGAN pakai ni, banyak masalah.
- Pakai versi 1.3.1.
- Download dan install satu fail je, okay. (Kalau pakai Ubuntu 64 bit, pilih yg kat bawah nun). Tak tau nak install? Alahai... double klik je la lepas download.
Release: Heimdall 1.3.1 – Command Line (Binary)
Platforms: Debian Linux (i386 / x86)Release: Heimdall 1.3.1 – Command Line (Binary)
Platforms: Debian Linux (AMD64 / Intel 64)- c. Kabel data / charger USB SGS2
- d. Fail kernel untuk root SGS2. Download dan extract kat folder Downloads dlm Ubuntu tu.
2. Benda yang wajib buat :-
- a. Baca elok-elok, buat satu-satu :
- Kat SGS2; Tekan serentak dan jangan lepas butang VOLUME DOWN, HOME dan POWER untuk 8-10 saat sampai keluar satu skrin maklumat. Kalau tak jadi cuba sekali lagi sampai jadi. Kalau skrin maklumat tu dah keluar, bolehlah lepaskan butang-butang tu.
- Tekan butang VOLUME UP pulak. Nanti ada keluar perkataan "Downloading Mode".
- Pastu sambungkan SGS2 kepada komputer
- Kat Ubuntu; Bukak Terminal dan taip :
- sudo heimdall detect
- Kalau dia keluar macam kat bawah ni, boleh teruskan:
- Device Detected
- Masuk folder Downloads, taip:
- cd Downloads
- Okay, sekarang kita nak root Android dah nih. Taip elok-elok:
- sudo heimdall flash --kernel zImage
- Tunggu sampai dia siap flash 100%. Kat SGS2 tu patutnya ada keluar bar warna biru. Kalau dia dah siap dia akan restart SGS2.
3. Benda yang wajib kena check :-
- a. Keluar segitiga amaran bila restart SGS2.
- b. Cuba tekan VOLUME UP, HOME dan POWER serentak, keluar tak menu Recovery? Haaa.. menu ni lah yang kita boleh pakai untuk flash ROM yang lagi power-power.
Gambar Lock Screen SGS2 saya sekarang |
- a. Kalau tak jadi cuba download stock rom untuk Malaysia nih. (Daftar dulu jadi user dia baru leh download).
Malaysia 2011 September 2.3.3 I9100DXKI2 ## I9100OLCKH1 Download - b. Extract dalam folder Downloads. Kalau dia wat folder baru dan dlm tu ada fail jenis .tar, extract lagi sampai keluar 8 fail-fail macam kat bawah ni :-
- boot.bin
- cache.img
- factoryfs.img
- hidden.img
- modem.bin
- param.lfs.
- Sbl.bin
- zImage
- c. Tekan VOLUME DOWN, HOME, POWER serentak dan masuk ke dalam Download Mode.
- d. Buka terminal semula dan masuk ke folder fail-fail tu, taip:-
- cd I9100DXKI2_I9100OLCKH1_XME/
- cd I9100DXKI2_I9100OLCKH1_I9100DXKI1_HOME/
- e. Pastu taip arahan ni untuk flash ROM SGS2 versi Gingerbread Original untuk Malaysia:-
- sudo heimdall flash --factoryfs factoryfs.img --primary-boot boot.bin --secondary-boot Sbl.bin --param param.lfs --kernel zImage --modem modem.bin --kernel zImage --hidden hidden.img
- Kalau dah siap 100 % dan SGS2 dah restart elok macam biasa, boleh lah download dulu ROM yang power-power dalam internal SDCARD. Contohnya Rainbox ROM Jelly Bean ni.
- Siap download ROM flash root balik macam langkah 2 atas nun tadi.
ROM Rainbox 7 dalam SGS2 saya; berjaya diflash menggunakan HEIMDALL dan Ubuntu |
- a. Tekan VOL UP, HOME, POWER untuk ke menu recovery.
- b. Pilih menu Advanced dan Pilih Wipe Dalvik Cache (vol-up,vol-down untuk pilih, butang power utk sah pilihan)
- c. Pilih menu Install zip dan Choose from Internal sdcard
- d. Pilih Rainbox Rom V7.zip
- e. Pilih Yes -Install Rainbox....
- f. Biarkan proses install / flash ni siap. Kalau dah siap nanti dia restart sendiri.
- g. Tunggu restart kali pertama kadang-kadang dalam 3-4 minit. Kalau lama sangat, flash anda tak jadi la tu... cuba semula.
Okay, selamat berjaya. Kalau ada apa-apa feedback, saya sedia mendengar.
Post a Comment