Tutorial GIMP : Membuang latar belakang dalam gambar

Salam kepada semua pembaca. Hari ni tak tau nak buat apa, nak tulis blog pon tak ada idea. Sehari dua ni asyik 'kobek' template blogger je. Maklumlah 2013 dah dekat, kenalah tukar template kasi sedap sikit mata memandang. Template hari tu pun okay, malahan berjaya menaikkan PR Google dan Alexa saya. Tapi saya dah bosan dengan kaler biru pucat tu. Nampak macam tak menarik je.

Apa-apa pun, saya memang jenis mudah bosan pun.

Baik, balik pada cerita asal kita hari ni. Saya nak belajar GIMP, perisian percuma yang seakan-akan Photoshop. Buat masa ni belajar kemahiran yang asas dulu - Buang latar belakang gambar.

Saya pun bukannya pandai sangat, tapi pernah juga saya lihat kawan saya yang power Photoshop gunakan Paths Tool untuk potong gambar yang kita nak asingkan dari latar belakangnya. Nak minta kawan tolong, kawan takde tapi Pakcik Google adalah masa ni. Akhirnya saya pilih satu tutorial dari Youtube.

Apa pun, antara alat atau tools dalam GIMP yang katanya kena belajar guna untuk tujuan ini adalah :-

1. Paths Tool
Untuk trace dan tanda sempadan gambar yang akan diasingkan.

2. Zoom Tool
Untuk mudahkan kerja-kerja tracing tadi.

3. Merge Down
Untuk kekalkan layer dengan perubahan latar belakang baru.

4. From Path
Untuk tetapkan pilihan tracing.

5. Invert
Untuk tukarkan atau balikkan warna asal latar belakang.

6. Select Border
Pilih sempadan gambar.

7. Blur-Gaussian blur
Nak kaburkan latar belakang baru (rata).

8. Open as layer
Buka sebagai layer untuk gabung gambar ngan latar belakang baru.

9. Blur-Motion blur
Untuk kaburkan gambar latar belakang tapi jenis motion (gerakan).

Sebenarnya, ada banyak cara untuk buat operasi ganti latar belakang ni. Mana-mana satu pon boleh asalkan hasilnya cantik, betul tak?

Cakap banyak pun tak guna, tengok je lah tutorial kat Youtube ni sampai habis: