Cara mudah menyembunyikan fail (Steganography)

Seperti yang diketahui, steganography ada seni menyembunyikan fail didalam gambar. Anda boleh rujuk dilaman wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Steganography. Dibawah diterangkan cara mudah untuk memnyembunyikan fail (cara steganography).


1."Compress" fail yang hendak disembunyikan.(disini saya "compress" fail sembunyi.exe menjadi sembunyi.zip)
2. Ambil mana gambar yang hendak digunakan. (contoh disini love_u.jpeg)
3. Kemudian, masuk ke "command prompt(untuk windows)" (start -> run -> cmd (utk window)) / "CLI shell"

Jalankan arahan seperti dibawah.

copy /b love_u.jpeg + sembunyi.zip love_u_2.jpeg


*love_u_2.jpeg, adalah nama fail baru yang mengandungi fail tersembunyi.

4. Anda hanya dapat melihat fail lsembunyi.exe apabila membuka fail tersebut menggunakan "archiving utility".(disini saya mencuba buka menggunakan winzip & winrar)

Analisa.
Arahan "copy" akan menyalin kedua-dua file (love_u.jpeg dan sembunyi.zip) menjadi satu fail (love_u_2.jpeg). Fail ketiga akan bermula dengan "header" gambar. jadi apabila ianya dibuka cara biasa, ianya akan hanya memaparkan gambar.