Header Ads

Apakah RSS ?

RSS (Rich Site Summary) ialah satu format untuk penghantaran isi kandungan web yang sentiasa berubah-ubah. Kebanyakan laman-laman web berorientasikan berita, weblog (blog-blog, laman web dinamik) menerbitkan isi kandungan laman web mereka sebagai RSS Feed dan memberikannya kepada semua orang yang mahukannya.

Kenapa nak gunakan RSS?

RSS membolehkan kita 'menyedut' maklumat daripada laman-laman web yang kita minat dengan senang. Kita tidak perlu ke laman-laman web tersebut satu persatu untuk membaca.

Macam mana nak baca berita / cerita dari RSS?

Perisian Feed Reader atau News Aggregator diperlukan untuk 'menyedut' berita daripada pelbagai laman web. Perisian inilah yang akan memaparkan berita-berita ini kepada anda.

Terdapat pelbagai RSS Reader yang boleh di download dan digunakan. Ada juga yang berasaskan web seperti, My Yahoo, Bloglines, dan Google Reader.

Setelah kita ada perisian tersebut, kita perlu cari laman-laman web (seperti mindaict) yang menyediakan berita RSS.  Kebanyakan laman-laman web yang menyediakan RSS ini meletakkan satu ikon kecil dengan singkatan RSS, XML, atau RDF agar senang pembaca memasukkan alamat RSSnya ke dalam perisian tadi.

Contoh ikon-ikonnya adalah:


No comments

Terima kasih.