Header Ads

Bagaimana nak mula gunakan Linux Ubuntu

Untuk kali ini saya nak ceritakan bagaimana kita boleh gunakan Ubuntu Linux. Maklumat ini khas kepada rakan-rakan yang belum pernah gunakan Ubuntu.

Keperluan Komputer:

1. 384MB RAM
2. 4 GB ruang kosong Hardisk

Secara asasnya terdapat tiga (3) cara untuk menggunakan Ubuntu.

Cara pertama (1):

Gunakan Ubuntu menggunakan LIVE CD.

1. Shutdown Windows dan tutup komputer.

2. Buka balik komputer dan tekan kekunci untuk masuk ke dalam CMOS.
2.a - Kekunci untuk setiap komputer berbeza-beza mengikut model komputer. biasanya ia dipaparkan di skrin di bahagian bawah sekali untuk seketika, ketika komputer mula-mula di boot.
2.b - Ada yang menggunakan kekunci F2 atau F10 atau F12 atau DEL atau ESC. ada juga yang menggunakan kekunci gabungan seperti ALT+F10.

3. Setelah anda berada di CMOS, cuba cari pilihan untuk BOOT order. Tukar dan pastikan anda pilih CDROM / CDRW / DVDROM / DVDRW anda sebagai pilihan boot pertama dan Hardisk sebagai pilihan kedua.
3.a - Pastikan ANDA tidak mengubah benda-benda lain untuk mengelakkan masalah.

4. Masukkan CD Ubuntu ke dalam CD Drive.

5. Keluar daripada CMOS dan reboot komputer.

6. Sepatutnya pilihan untuk boot Ubuntu akan keluar. Tekan saja ENTER dan turuti arahan jika ada. Anda akan terus masuk ke dalam UBUNTU.

7. Anda boleh gunakan Ubuntu seterusnya. Tapi ingat, dalam mod LIVE CD, sebarang perubahan yang anda lakukan dalam Ubuntu akan hilang setelah anda tutup / reboot komputer.



Cara kedua (2):

1. Cara kedua adalah sama dengan cara pertama bermula dari langkah 1 - langkah 7.

2. Cuma dalam desktop Ubuntu anda akan dipaparkan dengan ikon Install . Klik pada ikon install dan ikuti arahan satu persatu.

3. Jika anda sudah ada Windows di install pada komputer anda, anda boleh pilih guided partition semasa pemilihan partition untuk install Ubuntu.

4. Selesai pemasangan, anda diminta keluarkan CD Ubuntu tadi dan REBOOT.

5. Setelah reboot, anda dipaparkan dengan pilihan untuk boot Ubuntu atau Windows.



Cara ketiga (3) :

1. Cara ketiga adalah cara kesukaan saya.

2. Boot Windows dan masukkan CD Ubuntu.

3. Kotak paparan untuk MENU PEMASANGAN dalam Windows akan dipaparkan.

4. Klik saja dan ikuti arahan-arahannya.

5. Selesai.


Ada cadangan lain?

No comments

Terima kasih.