Header Ads

Kenapa saya pilih Ubuntu ? Pt.2

Ini adalah sambungan daripada karangan saya yang lalu.

Keselamatan


Virus bukanlah satu ancaman kepada Linux. Hakikatnya kaedah penciptaan sistem Linux ini telah menyebabkan virus sukar berfungsi sebagaimana di dalam Windows. Begitu juga dengan masalah spyware, malware,trojan dan sebagainya. Fakta di mana hampir tiada virus dibuat untuk Linux ini amat menenangkan. Mengapa saya berkata 'hampir'? Ini kerana virus Linux tidak dapat berkembang-biak dalam persekitaran sumber terbuka di mana 'fix' atau baikpulih boleh dilakukan dalam tempoh masa singkat menyebabkan pengaturcara virus akan merasakan virus ciptaannya itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Linux. Secara peribadi, saya berasa amat gembira setiap kali mengetahui virus-virus Windows ini tidak mengancam saya.

Secara amnya, kita kita perlu risaukan keselamatan. Selagi kita selalu up-date (Oh ya, update Linux ni percuma dan biasanya tidak perlu menunggu lama), kita akan 100% selamat. Tidak perlu memasang perisian tambahan seperti firewall, antivirus, antispyware dan sebagainya.

Kebebasan


Kita boleh gunakan Ubuntu Linux untuk tujuan peribadi atau tujuan komersil secara percuma.
Selain daripada kebebasan untuk menggunakan Linux secara percuma, Ubuntu Linux juga menyediakan kod sumber penuh. Anggaplah kod sumber ini sebagai resepi masakan. Ini bermakna kita bebas mengubah apa-apa sahaja dalam Linux ini. Nah, inilah kebebasan namanya!
Kod sumber yang boleh dilihat, dicapai dan diubah ini memberikan peluang kepada kita untuk belajar bagaimana sistem komputer kita berfungsi. Tidakkah kita terfikir sekiranya kita boleh mengubah sebahagian sistem supaya mengikut rencah kemahuan kita, dunia perkomputeran kita akan menjadi lebih efisyen dan seronok? Di sinilah kekuatan sumber terbuka. Inilah juga sebab mengapa pembangunan sistem Ubuntu Linux menjadi pantas dan menjadi popular dalam masa yang singkat.

Kepantasan

Biasanya dalam sistem Windows, setiap kali ia dipertingkatkan (upgrade), kita perlu pertingkatkan juga perkakasan komputer kita. Tambah RAM, pertingkatkan keupayaan pemproses sudah menjadi perkara biasa. Tapi dengan Linux, bila kita melakukan peningkatan sistem, kita boleh menjangkakan komputer kita akan bertambah laju tanpa perlu menaiktaraf apa-apa perkakasan. Bayangkan anda boleh gunakan versi terbaru sistem Linux pada komputer lama seperti Pentium 100MHz (Bukan lama tapi dah antik ni!).

Jika kita perhatikan keperluan sistem atau 'hardware requirements' yang diperlukan oleh perisian sama yang dikeluarkan untuk Linux dan Microsoft Windows, kita akan dapati versi Linux selalunya hanya memerlukan sumber (ruang hardisk/RAM) yang lebih kecil.
Linux adalah sangat selamat sehingga tidak memerlukan antivirus bekerja dibelakang tabir sistem seperti Windows. Ini akan membawa perbezaan yang besar di mana biasanya antivirus seringkali menggunakan 'resources' komputer dengan banyak dan menyebabkan komputer kita menjadi perlahan.
Oh ya, anda juga tidak akan berjumpa dengan skrin biru (Blue screen of death) dalam Linux.

Sekali lagi rakan saya mencelah. Katanya semua itu masih tidak menjawab soalannya, iaitu mengapa saya pilih Ubuntu dan bukannya Fedora. Saya tersenyum seraya berjanji padanya, saya akan menjawab di post lain kali. Jangan marah ya.

Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable

No comments

Terima kasih.