Header Ads

Debat Anwar Ibrahim Dan Shabery Chik

Malam ini tadi saya berpeluang menonton (secara online) debat antara Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertajuk `Hari ini membentuk kerajaan, esok harga minyak turun.' yang telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka melalui IPGlobal.tv

Walau apa pun, saya sentiasa berfikiran positif dan menyambut baik debat ini kerana ia membuktikan kerajaan masih memberikan ruang kepada semua pihak untuk mengutarakan pendapat (walau pun banyak dolak-daliknya; ubahan tempoh masa siaran, siaran daripada RTM, TV3 kepada TV9, Awani dan Bernama TV yang tidak menyeluruh liputan siarannya).

Agak sukar juga saya mencari siaran secara online kerana tidak bersedia lebih awal. Ini kerana saya tidak tahu bahawa siarannya telah diubah kepada TV9. Terpaksalah saya mencari alternatif menonton secara online di IPGlobal.tv sebuah syarikat yang berpengkalan di Kota Bharu. (Saya tidak mendapat liputan rangkaian TV9 di rumah dan saya tiada Astro).


Debat ini mendapat reaksi berbeza-beza daripada pelbagai golongan masyarakt sebelum ini. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju dan tak kurang juga yang tidak nampak kepentingannya kerana menganggap ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Saya melihat debat itu sebagai peluang untuk memberitahu rakyat mengenai polisi kerajaan dan manifesto Pakatan Rakyat seperti yang dicanangkan oleh Dato Seri anwar iaitu `Hari ini membentuk kerajaan, esok harga minyak turun.'.

Bagi saya Shabery patut diberi pujian kerana berani berhadapan dengan Anwar, ahli politik yang lebih berpengalaman hebat pidatonya.

Perlu diingat juga, Shabery meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan demi debat ini. Sejauh mana kebenaran tindakan Shabery, mungkin kita tidak akan tahu.

Sekiranya saya gagal, saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan (sebagai menteri),” katanya menurut laporan Bernama.

Perlu juga diingat Anwar juga pada mulanya hanya mahu berdebat dengan PM atau TPM sahaja dan tidak mahu berdebat dengan Shabery. Mungkin Anwar hanya berpuas hati sekiranya dapat mendengar sendiri jawapan daripada perangka polisi negara sebenar?


Saya berdoa agar banyak manafaat yang rakyat perolehi daripada debat tersebut. Dan saya berdoa agar semoga Allah menegakkan pihak yang benar dan menumbangkan pihak yang batil.
Update: Berita mengenai debat ini boleh dibaca (dalam BI) di laman web themalaysianinsider.com

Ihsan grafik debat: Choo Choy May dari themalaysian insider.



Loading image
Click anywhere to cancel
Image unavailable

1 comment:

  1. Addition: If you want to read the debat paraphrase in English, please go to http://anilnetto.com/uncategorized/live-anwar-vs-ahmad-shabery-oil-price-hike-debate/

    check the poll too.

    ReplyDelete

Terima kasih.