Header Ads

Kenapa saya pilih Ubuntu ?

Sekali lagi ada seorang rakan bertanya kepada saya, mengapa saya gunakan Ubuntu. Rakan saya ini adalah pengguna Fedora dan boleh dikatakan sememangnya dia ni kaki Fedora sebab dia tidak pernah bertukar kepada Distro lain.

Jadi biar saya ceritakan sahaja di sini. Saya ada beberapa sebab kenapa saya gunakan Ubuntu dan bukannya Fedora, Linux Mint atau OpenSuse. Semoga ia menjadi pembuka minda bagi rakan-rakan lain pula. (MindaICT katakan...ehehehe..)

Klik read more untuk cerita seterusnya.


Penampilan

Versi terbaru Linux mempunyai Graphical User Interfaces (GUI) yang bukan sahaja cantik, malah sangat 'clean & clear', senang difahami dan dioperasikan. Kita boleh memilih antara paparan elegan yang biasa atau paparan yang berketerampilan. Semuanya bergantung kepada pilihan kita.
Tiada had untuk pilihan paparan desktop/laptop anda, hanya kreativiti menjadi sempadan. Saya rasa baik kita tengok sahaja video di bawah ini untuk lebih senang faham:



Kestabilan

Kebanyakan laman web yang anda lawati dalam web adalah dihoskan oleh Linux atau pun sistem Unix yang lain. Sebab utama Linux menjadi pilihan adalah kerana kestabilannya. Jadi tidak salah sekiranya kita mahukan kestabilan itu juga untuk desktop/laptop kita ini.
Jika anda sudah bosan dengan sistem yang selalu 'hang' atau 'freeze', anda semestinya perlu cuba Ubuntu.
Kejuruteraan sumber terbukanya memastikan ianya 100% bebas ralat, dan sekiranya ada ralat terjadi, ia boleh dibaiki dalam 2-3 jam sahaja.


Sebelum sempat saya ceritakan mengenai faktor-faktor lain, rakan saya itu menyampuk sambil menjuihkan bibir. Katanya Fedora pun ada ciri-ciri itu. Yang dimahukannya adalah apa yang membuatkan Ubuntu ini lebih hebat daripada Fedora. Saya dengan tegas menjelaskan, Ubuntu bukan lebih hebat sebab setiap distro ada kekuatan masing-masing.

Sambil tersenyum saya berkata lagi, nampaknya saya akan cerita lagi di lain masa sebab malam dah larut. Saya nak tidur.

Bersambung di bahagian kedua "Kenapa saya pilih Ubuntu?" nanti.

1 comment:

Terima kasih.