Upgrade Kernel 7.10 Gutsy Ke Kernel 8.04 Hardy Heron

Upgrade Kernel 7.10 Gutsy Ke Kernel 8.04 Hardy Heron

Versi terbaru Ubuntu ialah Hardy Heron. Ia masih di peringkat pengujian. Tapi jika anda mahu mencubanya, anda boleh saja upgrade. Script ini adalah daripada http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=646755



AMARAN : Ia masih dalam peringkat pengujian, sebarang tindakan selepas ini adalah risiko yang akan anda tanggung sendiri.



Cara :



Check versi kernel ubuntu anda:



Code:


uname -r




biasanya dapat : 2.6.22-14-generic



Sila download script hardy.py yang dikepilkan dan save ke Desktop.



Klik kanan pada fail hardy.py itu dan pilih Properties. Sila ke tab permission dan tick Enable execute..



Buka terminal dan ikuti arahan ini:



Code:


cd Desktop




Code:


sudo hardy.py




Tekan y untuk teruskan dan tunggu.. ikuti arahan jika ada... upgrade akan mengambil masa 15-40 minit untuk broadband.



Jika pemasangan selesai..tekan y untuk restart.



Ubuntu akan akan menggunakan kernel terbaru (2.6.24-11-generic utk masa saya post ni).


sebagai default.



check kernel dengan :



Code:


uname -r




Sepatutnya keluar 2.6.24-xx-generic <<<----- xx adalah versi ubahan, 2.6.24 adalah versi kernel



** Sila run script hardy.py jika anda mahu update kernel terbaru sekali lagi.. Saya syorkan setiap minggu sehingga hardy stabil keluar... selamat mencuba!




Penyelesaian masalah : Sila ikuti langkah ini jika berkaitan



1. Masalah Broadcom B43 Wireless driver: (tukar bcm43xx) Dapatkan driver terbaru.


http://linuxwireless.org/en/users/Drivers/b43#devicefirmware



Taip di terminal:



Code:


echo 'deb http://archive.ubuntu.com/ubuntu/ hardy universe' | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/fwcutter.list



sudo apt-get update



sudo apt-get install b43-fwcutter



sudo rm /etc/apt/sources.list.d/fwcutter.list



sudo apt-get update





Sila blacklist bcm43xx: (Jika anda masih nak pakai kernel lama 2.6.22 JANGAN BUAT NI)



Code:


echo 'blacklist bcm43xx' | sudo tee -a /etc/modprobe.d/blacklist




2. Masalah WLAN Interface naming. Fix wlan0_rename, wmaster0_rename, dll...



Tukar dengan nama driver wireless. (b43, iwl3945, madwifi, dll)



Code:


gksu gedit /etc/udev/rules.d/70-persistent-net.rules




Quote:


# This file maintains persistent names for network interfaces.


# See udev(7) for syntax.


#


# Entries are automatically added by the 75-persistent-net-generator.rules


# file; however you are also free to add your own entries.



# PCI device 0x8086:0x1092 (e100)


SUBSYSTEM=="net", DRIVERS=="?*", ATTRS{address}=="00:16:d3:1a:8f:b0", NAME="eth0"



# PCI device 0x8086:0x4222 (ipw3945)


SUBSYSTEM=="net", DRIVERS=="?*", ATTRS{address}=="00:19:d2:1b:8d:cd", NAME="eth1"








Bagaimana jika saya ada masalah selepas upgrade?



Masa boot sila tekan butang ESC.



Pilih kernel asal 2.6.22-14-generic dan enter



Buka terminal



Code:


sudo apt-get remove linux-image-2.6.24-11-generic linux-headers-2.6.24-11-generic linux-headers-2.6.24-11 linux-restricted-modules-2.6.24-11-generic linux-ubuntu-modules-2.6.24-11-generic




Code:


sudo apt-get upgrade



Dapatkan Ubuntu menggunakan MS Windows

Saya akan terangkan cara-cara untuk mendapatkan / download fail ISO dan burn ke CD/DVD (DVD lebih laju daripada CD). Pengguna baru Ubuntu berkemungkinan besar akan menggunakan MS Windows untuk melakukannya nanti. (Juga boleh menggunakan OS lain).


Download Ubuntu


Gunakan browser dan pergi ke halaman download di bawah, Pilih versi mana yang dihendaki dan pilih mirror. Saya cadangkan mirror Taiwan kerana ia lebih laju untuk pengguna Malaysia.



* Download Ubuntu


* Download Kubuntu


* Download Xubuntu



Download biasa adalah fail imej yang akan diburn ke CD dipanggil Live CD - yang membolehkan anda boot terus daripada CD dan gunakan Ubuntu menggunakan memori tanpa mengubah data dalam hardisk anda. Ini bermakna anda boleh cuba ia dahulu dan periksa jika ada masalah dengan perkakasan komputer anda. Semuanya boleh dilakukan tanpa memberikan risiko pada data sedia ada yang ada dalam Windows. Jika anda bersedia untuk install anda cuma perlu klik ikon INSTALL dalam live-cd tersebut dan Ubuntu akan diinstall ke dalam komputer anda.



Bagaimana pun, jika anda mahu install ke dalam pc lama yang mempunyai kurang daripada 128MB, anda perlu dapatkan imej CD Alternate, yang gunakan installer teks dan hanya gunakan sedikit memori. Alternate CD tidak mempunyai fungsi LIVECD..


Saiz kedua-dua fail imej tersebut adalah dibawah 700MB setiap satunya. Jadi, pastikan anda download dengan gunakan broadband untuk elakkan masa download terlalu lama.



Burn fail imej ISO ke dalam CD


Biasanya pengguna Windows gunakan Nero Burning ROM. Jadi saya cuba terangkan caranya dengan Nero.



Masukkan CD/DVD kosong ke dalam CD/DVD Writer anda. Tekan Cancel jika ada tetingkap popup keluar.


Buka Nero - Bila tetingkap Burn Compilation keluar, klik Cancel.


Klik pada Menu Recorder dan pilih Burn Image


Pada tetingkap Open pilih fail imej ISO yang telah anda download.


Tetingkap Burn Compilation dipaparkan dengan Write speed menunjukkan kelajuan maximum. Saya cadangkan agar is diubah kepada kelajuan yang rendah sedikit darpada maksimum untuk kestabilan kan kebolehpercayaan. Tick pada Finalise after burning dan pastikan Track-at-once dipilih.


Selepas burn CD, Nero akan Verify data .


Selesai. Restart komputer dan pastikan boot daripada CD dipilih dalam BIOS anda (biasanya tekan DEL bertubi2 semasa mula2 start komputer untuk masuk BIOS) untuk boot Live CD.



Bagaimana mendapatkan Ubuntu

Terdapat 4 cara untuk mendapatkan Ubuntu



* Beli majalah Linux yang tersedia cd Ubuntu


* Tempah CD Ubuntu secara online (Percuma di http://www.ubuntu.org)


* Download fail ISO dan burn ke CD atau DVD (Percuma - modal CD / DVD sahaja)


* Dapatkan CD daripada kawan


Pengenalan Kepada Ubuntu

Setelah saya bertukar terus daripada OS MS Windows kepada OS Linux berperisa Ubuntu, yang merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh jenis (Distro) Linux, saya berasa saya boleh membantu untuk menerangkan dengan lebih ringkas dan senang mengenai cara penggunaannya kepada pengguna baru.


Apakah Ubuntu?


Ubuntu ialah satu versi Sistem Pengoperasian (OS) Linux untuk PC dan Apple Desktop dan alternative kepada Microsoft Windows dan Mac OSX. Ubuntu telah dibangunkan berfokuskan kepada kebolehgunaan sebagai tujuan utama; terutamanya oleh pengguna yang mahu bertukar daripada Windows. Antaramukanya mempunyai banyak persamaan dengan Windows. Kebanyakan perisian yang digunakan dalam Windows ada penggantinya untuk digunakan dalam Ubuntu - cth: Firefox web browser, Open Office suite (alternatif kepada Microsoft Office) dan banak lagi. Biasanya versi perisian ini boleh didapati untuk kedua-dua OS.


Kelebihan Ubuntu/Linux



* Ianya PERCUMA


* Kebanyakan perisian untuknya juga PERCUMA


* Tiada masalah perlesenan melibatkan OS dan perisian aplikasinya


* Boleh dicuba tanpa perlu menginstall ke dalam komputer


* Diguna terus dari CD dan boleh membaiki banyak masalah komputer (juga boleh baiki Windows)


* Boleh dikatakan kebal terhadap virus dan trojan yg biasa menyerang Windows


* Mempunyai Antaramuka Pengguna yang agak sama dengan Windows atau Mac OS/ OSX - tersangat senang diubah


* Lebih stabil berbanding OS lain - boleh dikatakan tiada masalah HANG!


* mengguna sumber (RAM) kurang daripada Windows XP - boleh digunakan untuk komputer lama


* Pengoperasian keseluruhannya lebih laju daripada Windows


* Ribuan perisian aplikasi terdapat dalam database dan boleh dipasang menggunakan sistem pemasangan tunjuk dan klik


* Driver untuk kebanyakan perkakasan disediakan dalam OS sendiri


* Ubuntu boleh menggunakan segala dokumen dan aturan daripada Windows (jika dual-boot)


* Pemasangannya secara automatik menyediakan dual-booting dengan mana-mana OS yang dikesan, menyediakan pilihan untuk tukar boot ke mana-mana OS.



Versi-versi Ubuntu


Versi-versi Ubuntu adalah dalam kategori berikut :-



* Tujuan Utama Penggunaan



* Sebagai Desktop


* Sebagai Server



Jenis komputer



* Komputer peribadi biasa (kejuruteraan x86, Pentium, Celeron, Athlon, Sempron)


* 64bit AMD dan komputer Intel


* Sun UltraSPARC



* Pilihan Antaramuka



* Ubuntu - gunakan Gnome (lebih menarik)


* Kubuntu - gunakan KDE (lebih komprehensif dan lebih banyak aplikasi)


* Xubuntu - gunakan Xfce (untuk komputer lama)



* Versi dikeluarkan



* Versi- Versi Sedia-ada


* 6.06 - Dapper Drake (dengan Sokongan Jangka Panjang)


* 6.10 - Edgy Eft (mungkin sudah tidak disokong)


* 7.04 - Feisty Fawn (diganti dengan 7.10)


* 7.10 - Gutsy Gibbon (Versi Semasa)


* 8.04 - Hardy Heron (Jangka dikeluarkan pada April 2008)



Sebagai tambahan, setiap versi mempunyai dua bentuk imej CD



* Live CD - boleh digunakan terus daripada CD tanpa memasang pada komputer - perlukan RAM minima 192MB


* Alternate - Pemasangan hanya untuk komputer lama yang berkeupayaan rendah



Jika anda keliru dengan semua itu, saya cadangkan Ubuntu versi 7.10 Live CD untuk Desktop - ia biasanya sesuai dengan keperluan semasa anda.


Dan akhir sekali...


Ubuntu membekalkan bukan sahaja sistem pengoperasian, web browser dan pembaca email. Ia juga tersedia dengan perisian Open Office yang menyaingi Microsoft Office - dan sekiranya ada mahu aplikasi tambahan, anda boleh download dan install dengan senang menggunakan database perisian Ubuntu.