Header Ads

Pengenalan Kepada Ubuntu

Setelah saya bertukar terus daripada OS MS Windows kepada OS Linux berperisa Ubuntu, yang merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh jenis (Distro) Linux, saya berasa saya boleh membantu untuk menerangkan dengan lebih ringkas dan senang mengenai cara penggunaannya kepada pengguna baru.


Apakah Ubuntu?


Ubuntu ialah satu versi Sistem Pengoperasian (OS) Linux untuk PC dan Apple Desktop dan alternative kepada Microsoft Windows dan Mac OSX. Ubuntu telah dibangunkan berfokuskan kepada kebolehgunaan sebagai tujuan utama; terutamanya oleh pengguna yang mahu bertukar daripada Windows. Antaramukanya mempunyai banyak persamaan dengan Windows. Kebanyakan perisian yang digunakan dalam Windows ada penggantinya untuk digunakan dalam Ubuntu - cth: Firefox web browser, Open Office suite (alternatif kepada Microsoft Office) dan banak lagi. Biasanya versi perisian ini boleh didapati untuk kedua-dua OS.


Kelebihan Ubuntu/Linux



* Ianya PERCUMA


* Kebanyakan perisian untuknya juga PERCUMA


* Tiada masalah perlesenan melibatkan OS dan perisian aplikasinya


* Boleh dicuba tanpa perlu menginstall ke dalam komputer


* Diguna terus dari CD dan boleh membaiki banyak masalah komputer (juga boleh baiki Windows)


* Boleh dikatakan kebal terhadap virus dan trojan yg biasa menyerang Windows


* Mempunyai Antaramuka Pengguna yang agak sama dengan Windows atau Mac OS/ OSX - tersangat senang diubah


* Lebih stabil berbanding OS lain - boleh dikatakan tiada masalah HANG!


* mengguna sumber (RAM) kurang daripada Windows XP - boleh digunakan untuk komputer lama


* Pengoperasian keseluruhannya lebih laju daripada Windows


* Ribuan perisian aplikasi terdapat dalam database dan boleh dipasang menggunakan sistem pemasangan tunjuk dan klik


* Driver untuk kebanyakan perkakasan disediakan dalam OS sendiri


* Ubuntu boleh menggunakan segala dokumen dan aturan daripada Windows (jika dual-boot)


* Pemasangannya secara automatik menyediakan dual-booting dengan mana-mana OS yang dikesan, menyediakan pilihan untuk tukar boot ke mana-mana OS.



Versi-versi Ubuntu


Versi-versi Ubuntu adalah dalam kategori berikut :-



* Tujuan Utama Penggunaan



* Sebagai Desktop


* Sebagai Server



Jenis komputer



* Komputer peribadi biasa (kejuruteraan x86, Pentium, Celeron, Athlon, Sempron)


* 64bit AMD dan komputer Intel


* Sun UltraSPARC



* Pilihan Antaramuka



* Ubuntu - gunakan Gnome (lebih menarik)


* Kubuntu - gunakan KDE (lebih komprehensif dan lebih banyak aplikasi)


* Xubuntu - gunakan Xfce (untuk komputer lama)



* Versi dikeluarkan



* Versi- Versi Sedia-ada


* 6.06 - Dapper Drake (dengan Sokongan Jangka Panjang)


* 6.10 - Edgy Eft (mungkin sudah tidak disokong)


* 7.04 - Feisty Fawn (diganti dengan 7.10)


* 7.10 - Gutsy Gibbon (Versi Semasa)


* 8.04 - Hardy Heron (Jangka dikeluarkan pada April 2008)



Sebagai tambahan, setiap versi mempunyai dua bentuk imej CD



* Live CD - boleh digunakan terus daripada CD tanpa memasang pada komputer - perlukan RAM minima 192MB


* Alternate - Pemasangan hanya untuk komputer lama yang berkeupayaan rendah



Jika anda keliru dengan semua itu, saya cadangkan Ubuntu versi 7.10 Live CD untuk Desktop - ia biasanya sesuai dengan keperluan semasa anda.


Dan akhir sekali...


Ubuntu membekalkan bukan sahaja sistem pengoperasian, web browser dan pembaca email. Ia juga tersedia dengan perisian Open Office yang menyaingi Microsoft Office - dan sekiranya ada mahu aplikasi tambahan, anda boleh download dan install dengan senang menggunakan database perisian Ubuntu.

No comments

Terima kasih.