Header Ads

Dapatkan Ubuntu menggunakan MS Windows

Saya akan terangkan cara-cara untuk mendapatkan / download fail ISO dan burn ke CD/DVD (DVD lebih laju daripada CD). Pengguna baru Ubuntu berkemungkinan besar akan menggunakan MS Windows untuk melakukannya nanti. (Juga boleh menggunakan OS lain).


Download Ubuntu


Gunakan browser dan pergi ke halaman download di bawah, Pilih versi mana yang dihendaki dan pilih mirror. Saya cadangkan mirror Taiwan kerana ia lebih laju untuk pengguna Malaysia.



* Download Ubuntu


* Download Kubuntu


* Download Xubuntu



Download biasa adalah fail imej yang akan diburn ke CD dipanggil Live CD - yang membolehkan anda boot terus daripada CD dan gunakan Ubuntu menggunakan memori tanpa mengubah data dalam hardisk anda. Ini bermakna anda boleh cuba ia dahulu dan periksa jika ada masalah dengan perkakasan komputer anda. Semuanya boleh dilakukan tanpa memberikan risiko pada data sedia ada yang ada dalam Windows. Jika anda bersedia untuk install anda cuma perlu klik ikon INSTALL dalam live-cd tersebut dan Ubuntu akan diinstall ke dalam komputer anda.



Bagaimana pun, jika anda mahu install ke dalam pc lama yang mempunyai kurang daripada 128MB, anda perlu dapatkan imej CD Alternate, yang gunakan installer teks dan hanya gunakan sedikit memori. Alternate CD tidak mempunyai fungsi LIVECD..


Saiz kedua-dua fail imej tersebut adalah dibawah 700MB setiap satunya. Jadi, pastikan anda download dengan gunakan broadband untuk elakkan masa download terlalu lama.



Burn fail imej ISO ke dalam CD


Biasanya pengguna Windows gunakan Nero Burning ROM. Jadi saya cuba terangkan caranya dengan Nero.



Masukkan CD/DVD kosong ke dalam CD/DVD Writer anda. Tekan Cancel jika ada tetingkap popup keluar.


Buka Nero - Bila tetingkap Burn Compilation keluar, klik Cancel.


Klik pada Menu Recorder dan pilih Burn Image


Pada tetingkap Open pilih fail imej ISO yang telah anda download.


Tetingkap Burn Compilation dipaparkan dengan Write speed menunjukkan kelajuan maximum. Saya cadangkan agar is diubah kepada kelajuan yang rendah sedikit darpada maksimum untuk kestabilan kan kebolehpercayaan. Tick pada Finalise after burning dan pastikan Track-at-once dipilih.


Selepas burn CD, Nero akan Verify data .


Selesai. Restart komputer dan pastikan boot daripada CD dipilih dalam BIOS anda (biasanya tekan DEL bertubi2 semasa mula2 start komputer untuk masuk BIOS) untuk boot Live CD.



No comments

Terima kasih.