Rukun Negara untuk Pengakap


Undang-undang pengakap



Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua

Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

KetigaPengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan
Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Persetiaan Pengakap Kanak-Kanak


Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
 
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

MAKSUD LOGO PENGAKAP MALAYSIA

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
 
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”

Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”

Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.

Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:
 
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
 
Hijau – “Pengakap Muda”,
 
Merah – “Pengakap Remaja”

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lencana dan Latihan Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Pengakap Kanak-Kanak

LENCANA KEAHLIAN
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:
  1. Makna lambang pengakap
  2. Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  3. Rukun Negara
  4. Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap
  5. Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan
  6. Laung agung

Buku Log Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak



LENCANA KEPANDAIAN

Lencana Wajib
(Lencana Wajib – pilih satu)
(a)    Lencana Ahli Renang
  1. Peraturan dan undang-undang keselamatan di air
  2. Memulakan renang
  3. Kuak dada (teori)
  4. Cara menjunam (teori)
  5. Berenang berpakaian 30 meter
  6. Berenang menimbulkan diri

(b)   Lencana Ahli Penunggang Basikal
  1. Undang-undang jalan raya
  2. Peraturan basikal
  3. Isyarat menunggang basikal
  4. Kemalangan semasa berbasikal
  5. Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan
  6. Menjaga basikal
  7. Isyarat jalan raya
  8. Memiliki basikal
  9. Menunggang basikal

LENCANA KEMAJUAN
Lencana Keris Gangsa

KERIS GANGSA

(a)    Kesetiaan
  1. Menyanyi lagu Negaraku
  2. Mengenal bendera Malaysia dan bendera negeri
  3. Lambang dan Cogan Kata Pengakap
  4. Pengertia Rukun Negara
  5. Ketua Negara dan ketua negeri
  6. Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  7. Hormat, isyarat dan salam Pengakap
  8. Mengenal nama penuh pemimpin Pengakap dan lain-lain
  9. Sejarah perkembangan kumpulan di sekolah
  10. Mengetahui tempat ibadat
  11. Nilai-nilai beribadat

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
  1. Kesihatan dan kebersihan badan
  2. Kebersihan tandas, pembuangan sampah dan sumber minuman
  3. Memakai kasut dan selipar
  4. Bahaya pil dan gula-gula
  5. Penyakit kulit
  6. Bahaya benda tajam
  7. Bahaya bahan letupan
  8. Bantuan orang dewasa
  9. Peraturan pejalan kaki
  10. Keselamatan jalan raya
  11. Peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan
  1. Asas perbarisan
  2. Permainan berpasukan
  3. Mengekalkan kesegaran fizikal
  4. Menggunakan pisau kecil
  5. Perhubungan awam
  6. Pakaian seragam Pengakap
  7. Isyarat Pengakap
  8. Simpul buku sila

(d)   Penyertaan
  1. Perkumuhan manusia, haiwan dan tumbuhan
  2. Memelihara binatang/haiwan
  3. Membaca buku pemeliharaan haiwan
  4. Pusat sumber
  5. Membuat barang permainan
  6. Persembahan di sekolah
  7. Lakonan bisu
  8. Muzium mini di rumah
  9. Membuka akaun simpanan wang

(e)   Perkhidmatan
  1. Membantu ibu bapa di ruumah
  2. Lawatan
  3. Melaporkan satu peristiwa
  4. Perlaksanaan undang-undang sekolah
  5. Khidmat kemasyarakatan
  6. Buku Log Mingguan

Lencana Kegemaran

Lencana kegemaran
(Dapatkan dua daripada kategori ini)
  1. Ahli koleksi hobi
  2. Ahli kraftangan
  3. Peladang kecil
  4. Pelukis
  5. Pembaca buku
  6. Penghibur














KERIS PERAK

 (a)    Kesetiaan
  1. Menyanyi lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri
  2. Mengetahui maksud lambang pada bendera
  3. Melukis lambang Pengakap
  4. Nama pembesar-pembesar Negara
  5. Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  6. Pesuruhjaya Pengakap Daerah
  7. Sejarah Pengakap
  8. Rukun-rukun sembahyang

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
  1. Kebersihan fizikal dan mental
  2. Sebab-sebab kulit melecur
  3. Senaman
  4. Pernafasan tradisi Pengakap
  5. Merawat hidung berdarah
  6. Merawat penyakit kulit
  7. Merawat luka dan melecur
  8. Bahaya alat elektrik
  9. Bahaya ubat tanpa nasihat doctor
  10. Kegunaan peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan
  1. Latihan asas perbarisan
  2. Asas ikatan dan simpulan
  3. Menaikkan bendera
  4. Permainan berpasukan
  5. Panjat tali atau sejarah keluarga
  6. Berenang atau berbasikal

(d)   Penyertaan
  1. Haiwan terbang dan haiwan daratan
  2. Pembinaan makanan oleh tumbuhan
  3. Kebersihan makanan
  4. Sains computer attau ucapan halo
  5. Penggunaan telefon
  6. Wang simpanan
  7. Tarian atau nasyid

(e)   Perkhidmatan
  1. Pakaian lama/terpakai
  2. Alat perhubungan
  3. Syarahan
  4. Doa
  5. Akaun perbelanjaan
  6. Bantuan dalam air

Lencana Pengetahuan

(Dapatkan dua daripada kategori ini)
  1. Ahli olahraga
  2. Ahli pasukan permainan
  3. Ahli sains
  4. Pencinta alam semula jadi
  5. Pembaca peta
  6. Pengembara
  7. Pemeliharaan alam sekitar










KERIS EMAS
(a)    Kesetiaan
  1. Menyanyikan lagu patriotik
  2. Lambang negara dan negeri
  3. Orang kenamaan daerah dan kampung
  4. Pegawai Pengakap
  5. Mengamalkan rukun-rukun agama
  6. Menyertai sambutan hari keputeraan
  7. Sambutan perayaan lain

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
  1. Peraturan hidup sihat
  2. Penyakit selsema
  3. Pertolongan cemas dan bantuan kecemasan
  4.  Kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis pembalut
  5. Mengikat anduh
  6. Keselamatan di air
  7. Cara-cara berenang
  8. Mengumpul maklumat media

(c)    Kecekapan
  1. Asas perbarisan
  2. Memasang, menarik, mengibar, menurun dan melipat bendera
  3. Asas permainan pasukan
  4. Asas seni mempertahankan diri
  5. Mengekalkan kesegaran fizikal
  6. Latihan ala komando
  7. Ikatan dan simpulan
  8. Mendirikan dan menurunkan khemah

(d)   Penyertaan
  1. Mengetahui hidupan di air
  2. Sifat tumbuh-tumbuhan
  3. Membuat kerja tangan
  4. Kesejahteraan alam sekitar
  5. Menyanyi
  6. Berlakon
  7. Tarian kebudayaan

(e)   Perkhidmatan
  1. Khidmat masyarakat
  2. Membantu ekspedisi
  3. Membantu rakan sebaya
  4. Membantu pemimpin
  5. Membuat model
  6. Mengurus malam pengakap
  7. Menyambung perkhidmatan Lencana Gangsa dan Emas

Lencana Perkhidmatan

(Dapatkan dua daripada kategori ini)
  1. Pekerja am
  2. Pengurus rumah
  3. Penyelamat nyawa
  4. Ahli pertolongan cemas

Arduino Project

Projek Hand Gesture Mobile Robot adalah projek yang mengawal robot menggunakan sarung tangan. Sarung tangan ini dilengkapi FlexiBend sensorAccelerometer dan Xbee.
Berikut adalah demo Hand Gesture Mobile Robot.


Projek Baru : Pertandingan Robotik


Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Sains Negara (PSN) dengan Bahagian Kesenian dan Ko-kurikulum (BKK), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd. Sila layari websitehttp://nrc.sasbadi.com untuk mendapat makluman terkini berkaitan dengan pertandingan ini.

Objektif
Merangsang pelajar yang menyertai program untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan (‘Out of the box’)
1) Meningkatkan kepakaran menggunakan peralatan berteknologi seperti berikut :
i. memprogramkan computer
ii. membina dan merekacipta robot
iii. menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.
2) Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan.
3) Memupuk kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan bermotivasi tinggi.
Kumpulan Sasaran
Pasukan yang mempunyai robotik set. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dengan seorang mentor. Pasukan perlu daftar melalui website http://nrc.sasbadi.com mengikut kategori seperti berikut:
i. Sekolah Rendah (Biasa)
ii. Sekolah Rendah (Terbuka)
iii. Sekolah Menengah Rendah (Biasa)
iv. Sekolah Menengah Rendah (Terbuka)
v. Sekolah Menengah Tinggi (Biasa)
vi. Sekolah Menengah Tinggi (Terbuka)
Butir-butir Program
Pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
i. Pertandingan Peringkat Zon.
ii. Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
iii. Pertandingan Peringkat Antarabangsa.