Header Ads

PCLOS : Not For Me :(

Selepas menggunakan PCLOS selepas beberapa hari, nampaknya saya semakin hilang minat nak terus menggunakannya. Ini pendapat peribadi saya. Bukan sebab PCLOS ini tak hebat, tapi mungkin tak kena dengan citarasa saya. Tulisan saya ini tentunya akan bias kepada ubuntu sebab saya hanya memakai PCLOS untuk beberapa hari sahaja sedangkan saya dah pakai ubuntu hampir setahun. Saya akan cuba berikan persektif saya secara jujur dan ikhlas. Pembaca diminta tidak menganggap tulisan saya ini sebagai satu tulisan profesional tetapi lebih kepada suatu catatan peribadi sahaja.



Pro:

Saya rasa PCLOS lebih laju (tiada bukti saintifik cuma perasaan jer) dari segi boot dan shutdown. Dari segi pemasangan, ia setara dengan ubuntu. Senang jer pemasangannya. PCLOS 2007 ni memang hebat dari segi grafik. Semua grafiknya cantik-cantik, bermula daripada boot screen hinggalah ke ikon dan paparan shutdown.

Dalam PCLOS ni ada control center yang sama macam control panel dalam windows. Sememangnya sungguh memudahkan berbanding dengan ubuntu yang tidak menggunakan Control Center (secara defaultnya - tapi boleh dipasang).

Semua sokongan multimedianya sudah terpasang. Maksudnya, selepas install sahaja kita sudah boleh mainkan lagu .mp3 dan boleh browse video flash youtube dan sebagainya. Saya juga dapati driver untuk intel 945 saya di sokong sepenuhnya (mungkin sejak tahun lalu lagi) semasa paparan boot berbanding ubuntu yang hanya baru-baru ini sahaja menyediakan driver intel 945 dalam ubuntu hardy. PCLOS dikatakan lebih banyak support untuk hardware tapi nampaknya buat masa ia tidak support card reader saya.



Kontra:

PCLOS ini adalah gubahan daripada mandriva tapi menggunakan sistem apt-get debian (synaptics sebagai antaramuka) yang nyata ada kelebihan berbanding urpmi (cara biasa install program dalam Mandriva) dan sebilangan program bukan yang versi terbaru. Walau bagaimana pun saya rasa sedikit terkilan sebab senarai program dalam repositorinya sedikit sahaja berbanding ubuntu. Kemudian dalam terminal / konsole, saya hampir-hampir tak selesa nak guna arahan-arahannya. Ntah lah, pada hal arahannya sama sahaja, tapi saya rasa terminal kat ubuntu lebih mesra.

Paparan menu KDE dalam PCLOS ni pun buat saya pening. Perlu dinyatakan saya bukan anti KDE, cuma sememang tak berapa minat dengan kde sebab sudah terlalu biasa dengan gnome. Dulu saya memang biasa memakai kde bila menggunakan Red Hat.

PCLOS 2007 ni tak support ntfs secara default, maknanya kita tak dapat write (copy-paste) fail daripada folder pclos terus ke folder windows. Dengan kata lain, kita perlu pasang sendiri ntfs-3g yang membolehkan sokongan sepenuhnya ke atas partition windows.



Kesimpulan:



Saya rasa PCLOS, lebih sesuai untuk pengguna Windows biasa yang baru hendak berkenalan dengan Linux. Pemasangan dan sistem yang lebih menitik-berat kepada GUI amat berguna dan menyenangkan. Ini ditambah pula dengan kaedah pengoperasian desktop yang hampir sama dengan Windows.

Untuk pengguna sederhana teknikal, saya rasa lebih baik menggunakan ubuntu sebab boleh belajar banyak perkara tentang Pengoperasian CLI Linux.

No comments

Terima kasih.