Hari ini saya dah install dan (sedang) gunakan PCLinuxOS 2007 ke dalam notebook Compaq Presario v3000 saya.
Pemasangannya sangat straight forward dan senang bagi saya. Malah semasa pemasangan pun ditanya sekiranya mahu menggunakan NDISWRAPPER dan kaedah capaian Internet. Selepas boot kali pertama. Perkara pertama yang saya perhatikan ialah paparan desktopnya. Ia menggunakan KDE bukan Gnome. KDE pun tidaklah terlalu asing kepada saya sebab saya pernah menggunakannya suatu masa dahulu.
Perkara kedua yang saya buat adalah memeriksa support/ driver hardware. Nampaknya semua disupport oleh PCLinuxOS kecuali Card Reader, ACPI dan Butang multimedia saya (saya seterusnya menjumpai kaedah untuk mengaktifkan fungsi-fungsi itu dalam forum PCLinuxOS).
Seterusnya saya dapati compiz belum digunakan dalam PCLinuxOS dan ia masih gunakan Beryl. Pada saya ini satu kekurangan berbanding Ubuntu. Tapi selepas itu saya update PCLOS, dan sebilangan besar pakej didownload (dekat 2 jam lebih - berMB-MB saiznya). Nampaknya ini sama dengan Ubuntu iaitu kita perlu update dahulu selepas Install. Selepas update selesai, saya dapati Compiz telah terinstall dan seperti biasa banyak pakej telah diupdate ke versi terbaru.
Jadi, ini sahaja buat kali ini sebab saya masih lagi belum puas bermain dengan PCLOS ini. Mingkin minggu depan saya nak cuba Linux Mint???
Ni ada sedikit cekupan skrin PCLOS
ni pulak untuk Ubuntu

Post a Comment