Mencuba Linux Perisa Lain
Setelah seberapa lama menggunakan Ubuntu, terdetik juga akhirnya di hati saya nak mencuba distro Linux lain.
Bukan apa, saya rasa amatlah rugi kalau tak cuba pelbagai distro sebab kebanyakan distro boleh run daripada CD (Live CD).
Pengalaman saya menggunakan linux ni bermula dari 1998 lagi iaitu bermula dengan Red Hat, dan selepas itu saya mencuba Slackware dan kemudiannya Debian, Gnoppix, Mandrake, Mandriva, SuSe dan last sekali Gentoo sebelum saya berhenti sekejap menggunakan Linux kerana kerja saya memerlukan saya menggunakan persekitaran Windows 100%. Akhirnya 2 tahun lepas saya mencuba Ubuntu 6.06 dan merasakan ia amat mesra pengguna dan sokongan komuniti dalam forumnya amat aktif dan berkesan. Saya rasa kebanyakan Distro yang popular ini mempunyai satu persamaan iaitu sokongan komuniti yang hebat dan pengurusan pegeluar yang terancang.
Namun seperti yang saya nyatakan, saya tidak dapat menggunakannya akibat daripada tuntutan kerja yang memerlukan saya menggunakan Windows. Pada akhir tahun 2007, saya berpeluang mencuba Ubuntu 7.10 Gutsy dan saya gembira menggunakannya sehingga kini.
Walau pun begitu, saya amat tertarik dengan pelbagai perisa (distro) yang ada pada hari ini terutamanya Linux Mint dan PCLinuxOS. Linux Mint ini berasal dari Ubuntu juga:
Dari Linux.com
Manakala PCLinuxOS adalah daripada Mandriva (Mandrake).
Dari polishlinux.org:
Saya akan post pengalaman saya menggunakannya nanti.

try Linux Mint 2.2, an Ubuntu-based distro that throws in support for Flash 9, Windows Media Format, DVDs, MP3s, and troublesome wireless cards.
Manakala PCLinuxOS adalah daripada Mandriva (Mandrake).
Dari polishlinux.org:
It was forked from Mandrake Linux (Mandriva at present) in 2003. It’s now a fully independent distro, although it does take advantage of a few of Mandriva’s technologies.

Post a Comment