Header Ads

Pemasangan : Ubuntu vs Windows XP

Ini ada satu cerita.

Ada sekali tu saya tolong seorang rakan saya (menginstall Windows XP yang rosak untuk kali ketiga) dan bila dia terpandang CD Ubuntu, cepat-cepat dia berkata "Tak mahu pasang Linux. Linux ni susah nak install, nak pakai'.

Oleh kerana dia berkeras hendakan pemasangan semula Windows XP dan tak mahu dah repair-repair, (Windows XP nya memang rosak teruk), saya gesa dia supaya belajar install Windows XP sendiri supaya boleh pasang sendiri Windows di masa depan.

Maka pemasangan pun bermula, dan perkara pertama yang membuatkan beliau terkebil-kebil adalah skrin pempartisian. Saya pun berilah tunjuk ajar. Selepas 40 minit, dia berjaya boot XP untuk kali pertama. "Kan senang install Windows ni" katanya dengan senyuman yang panjang lebar. Tapi lepas tu, senyumannya hilang. XP tak ada audio, dengan resolusi 800x600 minima dan tanpa apa-apa perisian aplikasi. Dia menyandar di kerusi sambil bertanya apa patut dia buat seterusnya kepada saya. Saya pun beritahu lah, kena install driver display dulu. Selepas menyelongkar lacinya beberapa minit, akhirnya dia menjumpai CD driver, lalu di masukkan ke dalam cd drive tapi tak boleh install sebab perlukan NET Framework 1.1. Jadi sekarang dia kena settingkan capaian internet pula untuk lakukan Windows Update. Oh ya, semasa dia online tu, XP tu tak ada antivirus, dan hanya gunakan firewall asas XP. Selepas (ntah berapa kali) berkali-kali reboot barulah dia dapat settingkan display, sound, printer, modem dan sebagainya.... :-(

Selepas itu dia sedar MS Officenya tak ada, Photoshopnya juga hilang. Akhirnya saya ajarkan cara-cara nak install semua perisian-perisian tersebut. (Kebanyakan aplikasi kena download internet - huh!) Hampir 4 jam berlalu, barulah dia dapat Windows XP yang seperti yang dia inginkan.

Selepas itu, saya minta dia cuba installkan Ubuntu 8.04 Hardy Heron. Pada mulanya dia menolak, tapi saya desak juga atas alasan pembelajaran. Selepas 25 minit, Ubuntunya berjaya dipasang, semua harware sudah terinstall drivernya, dan telah tersedia semua perisian yang diperlukan dalam sebuah komputer. Yang tak ada pula boleh terus dipasang dengan senang. Kagum juga dia akhirnya.

"Kalau nak tahu, inilah sebabnya kenapa geng MS jual PC yang dah tersedia dengan XP pre-installed. Sebab kalau nak suruh pengguna install sendiri, maka tak ramailah yang gunakan Windows sebab takut susah".

No comments

Terima kasih.