Header Ads

Panduan Kata Lepas (Password) anda

Dengan perkembangan komputer dan Internet kini ramai pengguna komputer dan Internet menggunakan pelbagai kemudahan yang memerlukan "Username" dan "Password". Kepentingan menjaga kata lepas menjadi semakin penting dengan kewujudan urusan kewangan di Internet disamping menjaga maruah apabila kemudahan yang dicerobohi digunakan untuk memalukan pengguna terbabit.

Perkara yang utama adalah pemilihan kata lepas anda, adalah apa yang anda gunakan sebagai kata lepas. Matlamat utama adalah untuk memastikan kata lepas anda tidak mudah untuk diteka. Maka kata lepas tidak boleh berunsurkan nama anda atau yang dekat dengan anda. Tidakjuga tarikh lahir atau mana-mana perkara yang menjadi rekod umum. Kata lepas mestilah menggunakan perkataan yang dalam rekod atau pun dalam kamus.

Buat pengetahuan anda, kebanyakan perisian mendapatkan kata lepas menggunakan perkataan-perkataan dalam kamus.

Kata lepas perlulah sekurangnya 8 huruf. Terdiri daripada huruf-kecil dan besar, disertakan dengan nombor dan huruf khas papan kunci anda.

Sebagai contoh, oleh kerana untuk mengingati kata lepas yang tiada makna adalah sukar maka perkataan yang senang diingati masih bolehdigunakan. Sebagai contoh mtusempoi akan digunakan dalam artikel ini. Maka kebarangkalian untuk mendapatkan kata lepas anda adalah 26 abjad kuasa 9 huruf (Untuk bayangan sahaja).

(1) Kata lepas perlulah campuran huruf kecil dan besar.

MindaIct - Huruf M dan I telah digunakan. Maka keberangkalian semakin bertambah, 52 abjad kuasa 9 huruf (Untuk gambaran sahaja).

(2) Turut dimasukkan dengan nombor. Maka menjadi

M1nd4Ict

(3) Dan mana-mana huruf khas diatas papan kunci. Ini bergantung kepada laman atau perisian yang anda gunakan. Ada yang tidak benarkan penggunaan huruf khas ini.

M1nd4I(T

Kata lepas sudah menjadi semakin sukar untuk dipecah masuk olehmana-mana perisian. Anda boleh pelbagaikan lagi kata lepas ini. Sebagai contoh, mungkin M1nd4I(T$$$ , mungkin juga M!!!1nd4I(T$$$ atau pelbagai kombinasi yang mudah untuk diingat tetapi sukar untuk dipecahkan.

Mempunyai kata lepas yang sukar untuk dipecahkan tidak bermakna jika anda tidak menjaganya dengan baik. Sebaiknya kata lepas hanya perlu dingati dalam ingatan anda. Jangan sesekali anda menulis kata lepas anda sehingga ia mudah untuk ditemui. Pengecualian hanya melibatkan komputer dan perisian pejabat dan organisasi, dimana kehilangan kata lepas akan menyebabkan masalah operasi.

Jika kata lepas anda melibatkan komputer atau perisian penting dan kata lepas perlu dsimpan dengan selamat, pastikan anda mempunyai peti simpanan tahan api dan tahan pecah untuk menyimpan kata lepas anda. Sebaiknya ia dipecah dua dan disimpan dalam dua peti simpanan yang berlainan.

Kata lepas perlulah ditukar setiap 60 hari. Ini akan menggagalkan usaha untuk memecahkan masuk akuan anda jika kata lepas anda diketahui. Jangan sesekali ulang guna kata lepas anda. Kata lepasyang telah digunakan hanya boleh digunakan semula sekurangnya untuk setahun.

Kata lepas anda adalah untuk anda. Ia tidak boleh dikongsikan dengan pihak lain. Jangan sesekali memberikan kata lepas anda sama ada melalui email ataupun telepon walaupun untuk menyelesaikan masalah anda.

Setiap laman atau perisian sepatutnya mempunyai cara yang membolehkan kata lepas didapatkan semula tanpa anda perlu dedahkan kata lepas yang asal.

Bagi urusan kewangan, anda dinasihatkan menggunakan komputer yang anda percaya. Elakkan diri anda menggunakan komputer umum kerana ia boleh dipasang dengan perisian untuk merakam setiap apa yang anda taip termasuklah kata lepas anda. Gunakan komputer anda sendiri atau komputer dalam kawalan anda yang anda ketahui apa yang telah dipasang.

Moga artikel ini dapat membantu anda dalam penggunaan kata lepas anda.

1 comment:

  1. weh, kata lepas ke ? bukan ke password tuh istilah bmnya katakunci?

    Artikel ni bagus juga, tapi macam panjang ssangat lah . malas nak membacanya.

    ReplyDelete

Terima kasih.