Header Ads

Panduan Sumber Blogger - Membuat Catatan Di Internet

Blogger adalah sebuah kemudahan di Internet yang membolehkan
anda mencatatkan apa sahaja untuk tatapan di Internet. Dengan
Blogger anda tidak perlu memikirkan kod-kod HTML atau cara
pembinaan tapak laman.

Anda hanya perlu daftarkan diri anda, memilih templet atau
cara blog anda akan dipersembahkan dan terus membuat catatan.

Mudah bukan?



Pada awalnya catatan atau blog ini adalah berita terbaru
kewujudan sesebuah laman di Internet. Pada awal kewujudan
Internet, penambahan tapak laman di Internet boleh dikira
dengan jari setiap bulan. Belum wujud lagi laman enjin pencari
dan pengguna Internet pada masa itu akan merujuk sebuah tapak
laman yang akan mencatatkan sebarang penambahan dan perubahan
tapak laman di Internet.

Dengan perkembangan teknologi komputer yang semakin pantas
dan murah, Internet berkembang dengan drastik dan
jumlah tapak laman muncul bagai cendawan selepas hujan.

Dianggarkan lebih daripada 3 billion tapak laman di Internet.

Anda perlukan laman enjin pencari untuk mencari tapak
laman dan kemunculan kemudahan tapak laman percuma meningkatkan
jumlah tapak laman yang perlu dijejaki.

Blogger tidak mati begitu sahaja. Ia berkembang menjadi
tapak laman milik pelbagai individu yang mencatatkan pengalaman
dan banyak daripadanya merupakan catatan perjalanan hidup
seharian. Blogger bertukar menjadi diari umum kepada mereka
mahu yang berkongsi perjalanan hidup seharian mereka dengan
pengguna Internet.

Perkembangan perisian tapak laman yang berasas aturcara
tapak laman seperti ASP dan PHP. Muncul pula tapak laman
blogger yang menyediakan kemudahan catatan tanpa perlu
pengguna memikirkan kod-kod HTML dan templet yang rumit.

Anda hanya perlu daftar dan catatkan apa sahaja yang anda mahu.


1 comment:

  1. Dulu blog ni macam catatan perubahan laman web lah ye?

    cuba lihat sini. Pasal blog juga lah.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Blog

    ReplyDelete

Terima kasih.