Projek Kurus Siri 1

Salam sejahtera kepada pembaca semua.

Hari ini, 28 November 20¹³, saya memulakan projek kurus saya. Berat saya dah melebihi tahap toleransi saya secara melampau-lampau.

Berat saya sekarang 103kg. Saya akan mengamalkan cara pemakanan Atkins @ diet Atkins. Dengan kata lain, saya akan kawal pemakanan saya dengan memakan banyak protin dan mengelakkan karbohidrat.

Setiap projek yang berjaya mesti ada sasaran. Bagi projek kurus saya ni berjaya, saya akan tetapkan kehilangan berat sebanyak 10kg sebagai sasaran awal dalam masa 14 hari.

Dalam 14 hari ini saya akan mengelakkan makan nasi, roti, ubi, kanji dan segala makanan yang tinggi karbohidratnya. Saya akan banyak memakan telur, ayam, ikan, daging, udang dan sedikit sayur. Tidak dilupa, saya akan meminum sekurang-kurangnya 4 liter air sehari.

Saya akan post di blog ini perkembangan projek kurus saya ini.  Choww..