Header Ads

Masa untuk ubahsuai paparan blog!

Salam sejahtera kepada pembaca MindaICT.


Dalam diam-diam, rupanya blog ini masih ada peminatnya. Walau pun saya sudah lama tidak mengemaskini kandungannya, tetapi saya masih lagi menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari pembaca.

Sebenarnya, saya sudah berasa bosan dengan blog dan berasa malas mahu mengemaskini blog ini. Mungkin kerana pada hari ini kita lebih banyak menghabiskan masa dalam Facebook dan mungkin juga kerana kita sudah ada terlalu banyak aplikasi yang membolehkan kita membaca apa yang kita mahu menerusi telefon pintar / tablet.

Walau  bagaimana pun, saya berterima kasih kepada semua pembaca yang sudi menjengah blog mindaict ini (dan rupanya ada yang mengklik iklan) membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis.

Namun, saya masih tertanya-tanya, apakah tajuk atau tema yang sesuai untuk dijadikan hasil nukilan saya? Saya sebenarnya ingin menulis mengikut minat dan jika para pembaca biasa membaca hasil tulisan saya, kebanyakan karangan-karangan saya yang ada di dalam blog ini adalah berasaskan teknologi (Aplikasi Web, Linux, Ubuntu, Windows, Gadget). Namun, masalahnya sekarang ini saya sudah kurang minat dengan itu semua.

Mungkin saya perlu penjelajah internet semula untuk mencari idea?

Mungkin juga saya perlu lebih banyak membaca isu-isu semasa hari ini?

Mungkin saya boleh menjemput penulis-penulis blog jemputan?

Walau apa pun, saya telah putuskan tema blog ini masih lagi seperti dulu iaitu satu laman untuk "PERKONGSIAN PENGALAMAN, IMPIAN DAN PENGETAHUAN" dan memerlukan antaramuka baharu yang segar dan kemas.

Rekabentuk blog yang paling asas dengan latar-belakang cerah dan tulisan-tulisan berwarna terang mungkin boleh memberikan satu perasaan segar dan
kemas? Mungkin?

Setakat ini, saya berasa saya mahu menulis tentang kaedah mencari wang menerusi internet. Mungkin menerusi program-program pengiklanan dan affiliate serta dropship.

Apa pendapat tuan/puan?


1 comment:

Terima kasih.