Header Ads

Bajet 2013, Aku kata dah!

bajet 2013 28 sep
Bajet 2013 - 28 September 2012
Beberapa hari lepas saya sudah menulis mengenai Bajet 2013, khabarnya... jadi selepas pembentangan Bajet 2013 baru sahaja sekejap tadi, mari kita lihat jika benar khabar-khabar angin yang bertiup di media Internet sebelum Bajet 2013 itu tadi.

Yang pertama,

Khabar angin yang kencang setara dengan Ribut Tropika yang sedang melanda sekarang adalah mengenai BONUS PENJAWAT AWAM dan juga 5 lagi tuntutan yang dituntut oleh CUEPACS yang di'khabar-angin'kan mungkin tidak akan kesampaian. Tapi seperti biasa, isu bonus 2 bulan adalah satu berita yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam disamping tuntutan kajian semula Elaun Tetap Perumahan (ITP).

Keputusannya,

  1. Penjawat awam akan dapat 1 setengah bulan gaji dengan bayaran sebanyak 2 kali dengan 1 bulan gaji telah pun diberikan sebelum Aidilfitri tahun ini. 
  2. ITP tidak dicadangkan untuk dinaikkan.
  3. kerajaan akan menyediakan lebih banyak lagi perumahan mampu milik di kawasan bandar.
  4. Isu-isu tuntutan CUEPACS yang lain tidak disebut.
Apapun, anda boleh baca semula  Bajet 2013, khabarnya... untuk rujukan semula.
MOF
Bujet 2013 - Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati

Ada juga yang mengatakan bajet 2013 ini adalah bajet Pilihan Raya Umum ke 13 kerana bujet 2013 ini dikatakan bersekali dengan Bantuan BR1M gelombang yang kedua. Bagi saya, jika benar sekali pun dakwaan ini, yang akan mendapat durian runtuh adalah RAKYAT MALAYSIA JUA.
Keputusannya, semua rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah akan mendapat BR1M sebanyak RM500 pada tahun depan.
Rakyat yang sudah mengisi borang pada tahun ini tidak perlu mengisi borang sekali lagi.
BR1M tahun depan juga diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang masih bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 ke bawah dengan nilai RM250. 

 Ada juga khabar angin yang mengatakan bajet kali ini akan memberikan kelebihan kepada kumpulan anggota keselamatan, PDRM khasnya. Kelebihan yang sebagaimana? Jika bajet 2012 memberikan keutamaan kepada pasukan ATM dengan kenaikan gaji dan elaun, adakah PDRM akan mendapat durian runtuh sebegitu juga?

  1. Akhirnya, khabar angin ini juga benar, cuma yang mendapat durian runtuh adalah ATM dengan elaun khas sebanyak RM200.
  2. Anggota yang telah bersara yang tidak mendapat pencen juga ada habuan.
  3. Anggota RELA mendapat bantuan pakaian uniform dan kenaikan elaun.
  4. Anggota keselamatan simpanan seperti askar Wataniah dan Polis akan mendapat faedah kenaikan elaun mengikut jam.
  5. Anggota keselamatan juga akan distrukturkan dari segi kenaikan pangkat dan kenaikan pangkat.

Tapi perlu juga di ingat, Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan baru sahaja dibentangkan yang membawa janji Perdana Menteri untuk memberikan peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan. Tambah guru, tambah gaji?
  1. Tiada pembentangan pertambahan perjawatan guru dan pertambahan gaji. Khabar angin ini tidak benar. 
  2. Namun Bantuan Awal Persekolahan (RM100), Bantuan Baucer Buku (RM250) akan diteruskan untuk semua murid dan pelajar sebagaimana tahun 2012. 
Ada lagi, sempena IM4U untuk belia, kerajaan akan memberikan rebet RM200 untuk satu set telefon bimbit pintar 3G yang dibeli oleh semua belia berumur 21 - 30 tahun yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah Bajet 2013 ini melangkaui jangkaan anda? Kongsi-kongsikan.

No comments

Terima kasih.