Header Ads

Bajet 2013, khabarnya...

Apa pendapat anda mengenai bajet 2013 nanti?

Terlalu banyak desas-desus yang mengatakan bujet 2013 itu nanti begitu dan begini. Apa pun, mari kita lihat khabar-khabar angin di internet pada hari ini mengenai bajet 2013 ini.

Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-warkan maklumat yang saya perolehi dari blog 1Malaysia iaitu blog Perdana Menteri kita sendiri.

Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak Kerajaan Persekutuan selaku Menteri Kewangan. Pada saya, adalah penting agar Rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi. Kepada anda yang berminat untuk menyuarakan pendapat anda, inilah peluangnya.

Nah, perahu sudah di air, dayung sudah ada ditangan. Jadi, tunggu apa lagi? Nyatakan kepada Perdana menteri kita apa kemahuan anda sebagai rakyat Malaysia. Klik sini untuk menyertai 2,693 rakyat Malaysia yang telah pun menghantar cadangan.
Bagi yang tidak mahu menggunakan medium pengisian borang di atas, anda boleh juga menggunakan talian tweet Perdana Menteri #TanyaNajib yang akan berlangsung pada tarikh 3 Oktober bermula jam 9.00 malam nanti.

Saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlet, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib itu nanti

Khabar angin yang kencang setara dengan Ribut Tropika yang sedang melanda sekarang adalah mengenai BONUS PENJAWAT AWAM dan juga 5 lagi tuntutan yang dituntut oleh CUEPACS yang di'khabar-angin'kan mungkin tidak akan kesampaian. Tapi seperti biasa, isu bonus 2 bulan adalah satu berita yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam disamping tuntutan kajian semula Elaun Tetap Perumahan (ITP).

Jaminan CUEPACS sekiranya tuntutan tersebut diterima kerajaan, Presidennya, Omar Osman memberitahu, pihaknya mencadangkan supaya kakitangan awam bekerja lebih masa 30 minit setiap hari iaitu masuk ke pejabat 15 minit lebih awal dan pulang 15 minit lewat daripada biasa.

Apa pun, saya tidak ingin menulis isu yang sudah ada di blog harrazdani, anda boleh membaca mengenai 6 tuntutan CUEPACS di situ.

Ada juga yang mengatakan bajet 2013 ini adalah bajet Pilihan Raya Umum ke 13 kerana bujet 2013 ini dikatakan bersekali dengan Bantuan BR1M gelombang yang kedua. Bagi saya, jika benar sekali pun dakwaan ini, yang akan mendapat durian runtuh adalah RAKYAT MALAYSIA JUA.
  1. Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)  tidak akan berlaku sehingga 28 September 2012 ini ataupun 
  2. Datuk Najib hanya mengumumkan tarikah pembentangan Bajet 2013 sahaja tetapi dalam pada masa yang sama PRU besar kemungkinan akan didakan sebelum 28 September 2012. Mungkin?

Keratan dari Sinar Harian 28 Mei 2012
Isu mengumpan undi untuk Pilihan Raya Umum nanti adalah isu lapuk kerana saya percaya rakyat Malaysia adalah rakyat yang sentiasa dinamik yang mempunyai keupayaan dan kecerdasan dalam memilih pemimpin yang berwibawa mengikut pertimbangan masing-masing.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bajet kali ini akan memberikan kelebihan kepada kumpulan anggota keselamatan, PDRM khasnya. Kelebihan yang sebagaimana? Jika bajet 2012 memberikan keutamaan kepada pasukan ATM dengan kenaikan gaji dan elaun, adakah PDRM akan mendapat durian runtuh sebegitu juga?

Saya teruja untuk mendengar pembentangan Bajet 2013 kerana kertas cadangan telah dihantar untuk penilaian dan saya harap kerajaan dapat beri pertimbangan mengenai penambahan anggota dan memperbaiki skim perjawatan dalam PDRM 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tapi perlu juga di ingat, Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan baru sahaja dibentangkan yang membawa janji Perdana Menteri untuk memberikan peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan. Tambah guru, tambah gaji?

Adakah semua khabar angin ini benar? Adakah khabar ini hanya untuk meniupkan semangat rakyat supaya lebih proaktif dan produktif? Apa pun keadaannya nanti kita perlu kembali kepada yang hak. Dan sentiasa yang hak adalah dari Al-Quranul Qarim.

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al-A’raf: 96)

1 comment:

  1. Apa-apa pun kebaikan bagi rakyat datang sekali dan dlm bentuk jangka pendek sj.Tapi jgn sekali-kali kita lupa rakyat juga akan menanggong beban hutang negara dan beban saraan kehidupan harian yg meningkat setiap hari dan tahun.Apa Guna jika gaji naik jika harga pelbagai barangan keperluan turut naik lagilah teruk.golongan sasar sederhana dan rendah menjadi mangsa.Bagi sy bajet ini terang-terang gula2 untk menambat hati dan memenangi PRU 13.Apa yg kita mahu adalah perubahan negara ekonomi dan sosial.Lihat jenayah dan sosial meningkat Ekonomi tidak memberansangkan dan banyak hutang.lagi-lagi harga minyak dan barang naik untuk bayar duit bajet tu.Pi mai pi mai tang tu juga.

    ReplyDelete

Terima kasih.