Header Ads

DNSChanger : Adakah browser anda memaparkan gambar pelik ?

Salam.
Sekiranya, web browser anda tiba-tiba sahaja memaparkan laman web yang bukan-bukan, mungkin anda telah dijangkiti oleh malware DNSChanger. Tapi macam mana nak periksa sekiranya kita betul-betul telah dijangkiti?
Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) ada membuat satu laman web untuk mengesan malware ini secara online. anda hanya perlu ke laman web MyCERT dan pengesanan dijalankan secara automatik.

Cuba di sini: http://dnschanger.detect.my/


Sekiranya anda betul-betul dijangkiti, laman web MyCert ini akan memaparkan warna merah. Jika tidak, ia akan memaparkan warna hijau dan anda selamat.

Sila baca maklumat mengenai DNSChanger di bawah :

What is DNSChanger?

DNSChanger is malicious software (malware) that changes a user's Domain Name System (DNS) settings, in order to divert traffic to unsolicited and potentially illegal sites.

In November 2011, the FBI closed down a ring of cyber-criminals believed to be responsible for the worldwide spread of DNSChanger.
An estimated four million users were affected worldwide. To avoid these victims losing their internet service, the FBI worked with the Internet Systems Consortium (ISC) to set up and operate a temporary DNS solution, while giving ISPs the opportunity to assist their customers to remove their potential infection.
This temporary solution is expected to be switched off as early as 9 July 2012. It is likely that users infected by DNSChanger will be unable to connect to the internet when the temporary DNS solution is switched off.

Apa itu DNSChanger?

DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.

Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.
Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.
Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.

No comments

Terima kasih.