Install driver Printer Canon Pixma MP258 (pelbagai siri MP250)

Salam sejahtera,

Hari ini saya berkesempatan untuk menguji Printer Canon Pixma MP258 dalam Ubuntu Natty. Rupa-rupanya, driver untuk siri Pixma MP250 yang ini belum lagi ada dalam Ubuntu. Jadi kita perlu install sendiri drivernya.


Cara-caranya :

1. Dapatkan drivernya disini
2. Extract fail zip yang didownload. Di dalamnya ada 2 fail berformat .deb (cnijfilter-common_3.20-1_i386.deb dan cnijfilter-mp250series_3.20-1_i386.deb) , install kedua-duanya.
3. Sambung printer anda dan cuba cetak test page .

Baiklah, kalau ada masa nanti saya update untuk scanner MP258 ini pula.

Update : 

Nampaknya saya terus boleh guna fungsi scanner di Canon Pixma MP258. Saya sudah mengujinya dengan program 'Simple Scan' yang dah ada dalam Ubuntu. Bagus!
Sekarang anda boleh membeli dakwat dan aksesori Canon Pixma MP258 di Amazon :
 

LyX - Program Pemproses Perkataan dengan teknologi TeX/LaTeX


Saya selalu terjumpa beberapa blog yang membicarakan tentang pemproses perkataan berasaskan teknologi LaTeX. Namun ia tidak pula menarik perhatian saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu TeX/LaTeX.

Pada hari ini, saya rasa seperti sudah bosan dengan OpenOffice. Dengan paparannya, dengan pengoperasiannya. Mungkin saya perlukan sesuatu yang baru untuk menaikkan semangat saya.

Akhirnya, saya terjumpa LyX. Mungkin anda tertanya-tanya, apa itu LyX, TeX dan LaTeX? Untuk maklumat tuan-tuan bolehlah klik pada nama mereka itu.


Tapi secara umumnya, TeX ini adalah sistem penulisan komputer khasnya untuk formula matematik, penulisan berujukan (sekolah undang-undang) dan simbol-simbol. Manakala LaTeX pula boleh kita katakan sebagai himpunan template dari TeX tadi di mana LyX pula berfungsi sebagai antaramuka yang membenarkan kita menggunakan fungsi-fungsi itu.

(Format LaTeX ini adalah wajib dalam penulisan jurnal sains, tesis kedoktoran, dan sebagainya.)

Berbeza dengan pemproses perkataan seperti OpenOffice atau Microsoft Word yang berteraskan WYSIWYG, LyX menggunakan penambaikan yang berteraskan WYSIWYM dimana kita boleh menyediakan dokumen yang berkebolehan untuk menunjukkan paparan sebagaimana yang kita hendaki; tidak kira apa jua platformnya. * Kelebihan ini tiada pada kebanyakan editor WYSIWYG. Contohnya, dokumen MS Word anda tidak boleh dipapar dengan baik sekiranya anda copy paste ke dalam blog. Untuk ciri-ciri lain, anda boleh baca terus di laman web LyX di sini. Oh ya, LyX juga boleh diguna dalam Windows, Linux dan Mac OSX dan boleh disimpan sebagai PDF terus.

Maklumat lain:

Video tentang LyX di web Lyx

di Youtube


Baiklah, saya nak download LyX dulu dan mencubanya. Nanti saya kongsikan pengalamannya.