Awas!!! Emel Tipu Kononnya Daripada Maybank

Ini satu email tipu yang kononnya daripada Maybank untuk menjerat anda! Hati-hati!!! Periksa dulu siapa pengirimnya.

Email ini menggunakan alamat daripada : account-alert@maybank.com.my di mana BUKAN alamat Maybank2u sebenar. (Emel Maybank sebenar mesti menggunakan server @maybank2u.com.my bukan @maybank.com.my). Lagi pun Maybank tidak akan sekali-kali hantar emel atau telefon meminta login sebegini.