Ucapan Terima Kasih: Diskaun Minyak + Rebet RM 625?
Minyak petrol hari ni dah naik. Dari 1.92 kepada 2.70 seliter (kenaikan 40%) akibat subsidi yang ditarik balik kerajaan ; Terima kasih pada kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih juga pada kerajaan sebab bagi diskaun RM 0.30 sen atas seliter minyak tu. Terima kasih juga sebab bagi rebet RM 625.00 untuk rakyat Malaysia yang menggunakan kereta buatan Malaysia seperti saya ni.
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.
Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.
Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.
Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.
Suka betul saya bila kerajaan bagi banyak benda ni. Tarik satu tapi bagi dua-tiga benda. Tapi bila saya kira-kirakan balik, cukup ke semua tu untuk perbelanjaan seorang rakyat biasa yang berkhidmat untuk negara? Dalam senyum saya picit-picit kalkulator yang ada :
Jumlah RM minyak kereta untuk perjalanan kereta sebulan (rumah-tempat kerja+rumah-kedai) menggunakan kereta saya jenis auto buatan Malaysia = RM 330 sebulan selepas kira dengan harga minyak baru.
Kalau setahun = RM 330.00 x 10 bulan bersih = RM 3300.00
Rebet = RM 625 setahun
Minyak kereta setahun - Rebet kerajaan pemurah = RM 3300.00 - RM 625.00 = RM 2675.00#
Berbanding masa ada subsidi :
Sebulan = RM 250.00
Setahun = RM 250.00 x 10 = RM 2500.00
Rebet = TIADA
Maknanya minyak kereta setahun saya = RM 2500.00
Mari mengira :
Jumlah RM harga minyak baru setahun+ rebet - Jumlah RM harga minyak lama setahun (subsidi)
= RM 2500.00 - RM 2675.00
= RM - 175.00#
Wah, ini tak cukup RM- 175.00 untuk perbelanjaan pengangkutan saya! Tak termasuk lagi elektrik tariff baru dan harga barangan yang pakar ekonomi cakap akan naik dengan kadar sederhana! Eh, kena tipu dengan skim penstrukturan subsidi ke aku ni ???
Elektrik, hmm....
Katanya kalau pakai tak lebih RM 43.60, tak terlibat kenaikan tariff. Tapi rumah saya secara puratanya dalam RM 45 - 50 sebulan.
Dah jadi konflik ni. Rumah saya tu rumah yang sememangnya panas. Kalau kena hari yang panas, memang tak boleh duduk. Buka semua pintu dan tingkap luas-luas serta pasang 3 buah kipas berdiri pun memang berpeluh lagi. Jadi pasang lah 'aircon'. Itu pun malam saja (waktu betul-betul panas). Kalau tak pasang, anak-anak tak boleh tidur, ibu-bapa pun tak boleh tidur, kucing pun tak tidur. Kalau pasang, karang elektrik lebih RM 43.60.
Huh! Kesimpulan dangkal aku. Nampaknya para pembesar kerajaan sajalah yang boleh berkhidmat untuk negara tanpa bayar petrol, sebab dia ada kad percuma petrol. Cuma para pembesar kerajaan sajalah yang boleh tidur dalam 'ekon' sebab letrik pun pembayar cukai yang bayar. Cess..
P/S: Aku setuju dengan pengapungan petrol ni tapi jangan lah naik macam ni... naik lah sikit-sikit! Pastu aku juga rasa dah ada ketidakadilan dalam pemberian rebet! Yang ada kereta motor boleh duit. Yang tak ada kereta-motor ( aku kira golongan yang betul-betul miskin ni? ) terpaksa lak tanggung kenaikan harga barangan sorang-sorang (takde rebet)?
Kenapa aku pula perlu mengikat perut, membuang keselesaan? Kenapa pula segala langkah-langkah yang dilaksanakan hanya dituju kepada rakyat biasa macam aku? Kenapa tidak juga dibuat pemotongan elaun atau gaji pemimpin juga? Kata pemimpin bersama rakyat???
Marah ni..marah ni..
saya sokong pendapat saudara,saya rasa semua orang fikir macam tu kan,kita yang kena tanggung kesusahan.sedangkan orang lain bermewah-mewah.kalau alasan dia minyak duni naik,tentulah petronas untung belipat kali ganda.petronas boleh support sikit.F1 boleh pulak ek support,rakyat biar susah.-sekadar pendapat
ReplyDeletehehe...-175..nasib baik takde kereta...maklum lah, orang miskin...nabi pun pesan bersederhana, jangan suap lebih dari mulut boleh sapot...tapi bos saya macam ada ura-ura nak suruh amik transport utk ulang-alik atas urusan projek, haish...bankrap beb..
ReplyDeletepcformula :
ReplyDeleteSaya terfikir (sebagai rakyat biasa yang tak tahu ekonomi negara), kita pengeluar petrolium dan gas tapi kena gak ikut harga petrol / gas pasaran antarabangsa. Kita pengeluar sawit, tapi kena gak import minyak masak. Pelik kan?
Saya rasa sistem monopoli negara ni kena juga buat reformasi. TNB dan Telekom, Petronas, Bernas perlu ada saingan. Sebab kalau tak kita terus saja jadi 'mangsa komersil'. Sampai masa, sebab minyak naik, diaorang ni mesti ambil juga kesempatan. Tengok Maxis, Celcom, Digi - Siapa yang untung? Kita , pengguna juga untung bila ada saingan. Contoh lagi, bila Air Asia wujud, tambang MAS juga turun, kita juga yang untung kan.
Umarzuki :
Memang hidup secara sederhana, sebab kita tak pernah boleh terfikir nak lebih dari kemampuan dan keperluan kita. Masalahnya sekarang, kemampuan yang ada selama ini sudah tidak lagi boleh menjadi kemampuan dah. Dah jadi satu bebanan. Kalau benda keperluan yang belum tiada, tentu kita tak angan-angan nak adakan jika tidak berkemampuan.
Semalam saya ke KL dari Kelantan (perkahwinan adik). Alhamdulillah, setangki minyak harganya RM +/-120.00. Terima kasih pada kerajaan.
Makluman : dulu setangki RM +/-70.00 je.
Waduuuh...waduuuuh...TERSERLAH DENGAN NYATA, SENYATA-NYATANYA bahawa pemimpin negara kita memang bijak... bijaaak, bijaaaak memimpin negara.... tak hairanlah 5 negeri di kuasai "pembangkang?" Pulau batu putih pula dah jadi hak orang ... pilihanraya ke 13 tak tahulah... berapa lagi nak hilang... Ya Allah selamatkanlah negara tumpah darahku...
ReplyDelete