Perbandingan kadar harga minyak petrol Negara- Negara Pengeluar Minyak
Negara Pengeluar Minyak - Harga Seliter (Termahal ke Termurah)
- Malaysia - RM2.70
- Brunei - RM2.03
- UAE - RM1.19
- Mesir - RM1.03
- Kuwait - RM0.67
- Arab Saudi - RM0.38
- Nigeria - RM0.32
- Iran - RM0.29
- Venezuela - RM0.16
Tapi mengenai kenaikan harga ni, kerajaan cadang rakyat ubah cara hidup. Tapi saya cadangkan perkara-perkara ini ditimbangkan oleh kerajaan agar rakyat macam saya yang cukup-cukup makan ni tak berapa marah dengan cadangan yang tak berapa rasional tu.
A - Kerajaan perlu tunjukkan dahulu contoh menukar gaya hidup tu:
1) Sambutan/majlis-majlis kementerian/jabatan mesti dihentikan sebab rakyat dah tukar cara dah, tak buat dah majlis-majlis membazir tu.
2) Kalau kena buat juga, sambutan hanya boleh dibuat di premis kerajaan - majlis hotel-hotel dibekukan. Makanan pula hanya boleh dibekalkan untuk kadar RM 12 / hari untuk satu kepala.
3) Semua menteri wajib jual Merc dan BMW tu dan guna kereta Proton 2000cc ke bawah sebab rakyat ikut saranan tukar kereta besar kepada Kancil je.
4) Semua menteri wajib gunakan penerbangan kelas ekonomi. Baru boleh kenal rakyat ya tak?
5) Projek Mega-Iskandar Region, NCER,ECER, SCER dibekukan. Tak ada duit, nak buat macam mana?
6) Kerajaan tumpukan usaha untuk menggiatkan pertanian (padi/sayuran/perikanan) - Pertanian itukan suatu perniagaan? Meniaga kan boleh mendatangkan kekayaan?
7) Elaun dan gaji-gaji semua Menteri perlu dipotong dan dimasukkan sekali dalam wang rebat minyak. Mesti rakyat sayang pada semua pak-pak menteri.
Saya kata tak rasional suruh rakyat ubah cara hidup sebab:
1) Hanya 5% rakyat yang kaya-berbelanja diluar negara.
2) 40% golongan pendapatan pertengahan (bawah RM6,000/bln)
3) 30% golongan pendapatan rendah ( bawah RM1,500/bln)
4) 25% golongan miskin tegar.
Kecairan ekonomi hanya berlaku apabila golongan pendapatan pertengahan (40%) ini berbelanja. Jika golongan ini tidak berbelanja, maka ekonomi malaysia tentu gawat! Sebab tu zaman chedet dulu, bila Ekonomi Malaysia gawat, chedet bagi bonus bertimbun-timbun pada pegawai kerajaannya agar ekonomi tetap cair.
Jadi kalau tukar dari berbelanja kepada tidak berbelanja - inflasi bertambah?
Pastu jika rakyat tak support Cuti-Cuti Malaysia - hotel/resort tutup
Kurang perjalanan guna lebuhraya - syarikat konsesi lingkup
Kurangpenggunaan petrol - Stesen minyak tutup
Kurang makan nasi - petani sawah padi tak laku. Ada saranan suruh makan ubi-ubi, katanya sihat untuk kesihatan <----- Ingat ni zaman jepun ke nak makan ubi kayu, ubi keledek?
Kurang segala perbelanjaan umum - semua aktiviti ekonomi utama akan lumpuh!!!
Shahrir Samad semalam mengumumkan mulai bulan Ogos ini, kerajaan akan menarik balik subsidi keatas petrol dan diesel. Ertinya mulai Ogos ini, harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Dikala dunia menghadapi krisis makanan, tindakan kerajaan ini pasti akan menyusahkan rakyat jelata. Jika hari ini, ketika subsidi minyak masih lagi ditanggung kerajaan, rakyat merungut tentang kenaikkan harga barang, tidak dapat dibayangkan jika bahan bakar tersebut dijual mengikut harga pasaran.
Tidak mustahil harga sekeping Roti Canai akan menjadi RM 5. Jika ini berlaku, inflasi akan meningkat. Rakyat bawahan akan menderita. Protes dan demonstrasi diatas kenaikkan harga minyak akan berlaku. Mampukah kerajaan mengawal keadaan ini pada ketika itu?
Memang benar, krisis bahan bakar melanda dunia. Harga minyak melambung tinggi. Hari ini harga minyak mentah dunia mencecah USD 130 setong. Memang mahal.
Tetapi jangan lupa bahawa Malaysia juga adalah pengeksport minyak mentah. Malaysia mendapat keuntungan yang besar ekoran daripada kenaikkan harga minyak dunia.
Kemana duit tersebut? Mengapa tidak dimantapkan sistem pengangkutan awam?
Apa kata anda?
Post a Comment