Mainkan video YouTube secara berulang
Hari ini saya banyak melayari youtube. Bukan apa, hanya hendak melihat apa video-video terbaru yang menjadi trend di youtube. Jadi saya nak menulis sedikit tips bagaimana nak melihat satu video itu secara ulangan.
Cara yang pertama senang saja. Setiap kali satu video itu tamat, ia akan menunjukkan punat "replay" atau kita boleh saja menekan anak panah ke kiri (selepas klik pada video tersebut).
Sekiranya kita mahu menjadikan setiap video YouTube yang kita hendak lihat itu sebagai ulangan tanpa henti, kita boleh gunakan skrip 'Loopy for YouTube', satu skrip Greasemonkey yang akan meletakkan satu tautan kecil di bawah video untuk mulakan ulangan. Ingat skrip tersebut perlukan Firefox dan extension Greasemonkey. Cubalah, saya selalu menggunakannya.
Cara yang kedua, agak teknikal sikit, tapi agak senang juga. Cara yang kedua ni kita gunakan parameter loop pada pemain embedded (rujuk sini untuk parameter lengkap):
http://www.youtube.com/v/VIDEOID&loop=1 (tukarkan VIDEOID dengan video ID anda)
Jika kita tambahkan parameter untuk mula main secara automatik, video itu akan mula dimainkan apabila halaman web kita dibuka.
http://www.youtube.com/v/VIDEOID&loop=1&autoplay=1
Loading image
Click anywhere to cancel
Image unavailable
Post a Comment