Header Ads

Cerita fasal CMS

Saya rasa sudah tiba masanya saya kongsikan bersama sedikit ilmu CMS. Saya sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan open source CMS disebabkan kesibukan harian. Tapi rugi rasanya kita ilmu yang ada ini tidak dikongsikan.

Jadi saya akan cuba menulis mengenai pengalaman saya "bermain-main" dengan open source CMS Joomla.


Joomla ni popular sebab ia telah menjadikan proses membina dan mengurus laman web yang kompleks (biasanya untuk laman web yang mempunyai banyak kandungan) menjadi mudah.

Tapi sekiranya anda belum pernah menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) Joomla sebenarnya menjadikan CMS ni kelihatan senang. Cerita yang saya akan tulis ini rasanya amat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa tentang CMS.

Saya akan bercerita tentang fungsi-fungsi Joomla yang tidak tersembunyi dan bukannya yang boleh anda lihat dalam halaman pentadbirannya.

Insya-allah kita akan bincangkan mengenai:

1. Anjakan Paradigma untuk CMS
2. Bagaimana mengurus laman web anda
3. Mereka-bentuk laman web
4. Modul dan halaman web
5. Memasukkan teks dan gambar
6. Tautan
7. Blog sebagai halaman utama anda
8. Modul, Komponen, dan Mambot/ Plugin
9. Fungsi-fungsi lain?


Nota: Jika anda mahukan fungsi news feed, undian, dan blog, Joomla tersangatlah sesuai! Tapi anda perlu meluangkan masa secara tekun mempelajarinya. Anda juga perlu ingat, bagahian paling sukar adalah di permulaannya sahaja, dan anda perlu bersedia menerima kemungkinan anda gagal memperoleh kefahaman dengan 2-3 kali cubaan sahaja.


Post Seterusnya: Anjakan paradigma untuk CMS.

No comments

Terima kasih.