Anjakan paradigma untuk CMS

Kebanyakan orang fikir laman web ni macam halaman-halaman yang bertaut saja.Setiap halaman mengandungi isi yang tetap/ statik – setelah anda ciptakan halaman itu, ia tidak akan berubah (kecuali webmaster yang ubah).

Maknanya anda boleh gambarkan laman web ni macam sebatang pokok. Daripada 1 batang akan berpecah kepada beberapa dahan dan seterusnya kepada beberapa ranting. Begitulah struktur laman web biasa: Laman Utama ditautkan oleh satu menu kepada sub halaman, Menu tersebut pula mengunjur kepada karangan-karangan yang ada dalam laman web dan setiap halaman tadi ada pula tautan ke karangan-karangan lain pula (ranting). Huh, faham ke? :)

Joomla pula berbeza sebab isi kandungan dalam laman web adalah dinamik – ia berubah jika ada input daripada pengguna, pelawat, newsfeed, atau ahli-ahlinya yang menambahkan isi ke dalam laman web. Isi kandungan dinamik ini berubah setiap kali pelawat membuka atau refresh/reload halaman berkenaan. Maknanya kita tidak boleh menganggarkan gambaran sebenar suatu halaman kecuali jika ia telah diterbitkan.

Setiap halaman dalam laman web mengandungi blok-blok isi kandungan (dikenali sebagai Position). Kita tetapkan rekabentuk laman web tu melalui Template. Kedudukan blok-blok tadi juga akan kita susun dalam template.

Seterusnya anda letakkan modul dalam suatu blok. Akhirnya, anda taiplah suatu artikel / karangan

Seterusnya: Bagaimana mengurus laman web.