Header Ads

Elaun Menteri dipotong 10%

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.

Langkah penjimatan itu termasuk:

membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.

mengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.

melarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.

membekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara.

Abdullah berkata perjalanan ke luar negara hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting atau mesyuarat di antara kerajaan.

Tambahnya, pegawai yang hadir hendaklah mereka yang terlibat secara langsung dan pegawai kementerian dan jabatan tidak melebihi tiga orang.

Seorang menteri layak membawa tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara, kata lagi, sementara timbalan menteri membawa dua pegawai sahaja.

Perdana menteri juga berkata kerja penyelenggaraan aset sedia ada hendaklah secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan.

Tambahnya, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi, jika perlu, dihadkan kepada buku, kraftangan tempatan atau produk makanan tempatan.


Catatan : Bagus Pak Lah ni. dia ada baca blog-blog dah sekarang. Dah pandai dengar suara bloggers, suara rakyat ke?

Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable

No comments

Terima kasih.