Bantu Ringankan Beban Rakyat Vs. 1 juta untuk Pingat Emas
Saya agak keliru sikit bila Datuk Seri Najib umumkan habuan 1 juta untuk setiap pingat emas yang dimenangi di Olimpik Beijing nanti.
Eh? Bukan ke sekarang sedang bising-bising di TV, Radio, Parlimen, Kedai Kopi Pak Zin, Wakaf Senget, sawah bendang, gunung ganang, dalam kapal selam, dalam kapal terbang dan di mana-mana sahaja bahawa kerajaan sedang cuba kurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak?
Saya bukan nak tunjuk apa-apa kesalahan tapi saya tak fahamlah. Tolonglah siapa-siapa beritahu kepada saya. Pak Lah hari-hari kata kerajaan sedang membantu meringankan beban akibat kenaikan harga minyak, tapi siapa pula yang menaikan harga minyak? Bila fikir-fikir, macam magik pula. Orang yang naikkan harga minyak (walau apa alasannya) kini nak membantu meringankan beban rakyat akibat benda yang dia buat? Eh, macam wayang gambar lah pula. Beri susah pada orang tapi lepas tu nak jadi hero? Dah pening dah ni!
Saya sebenarnya setuju harga minyak di apungkan tapi dengan syarat nilai matawang kita juga diapungkan. Kenapa? Ni kena kaji sendiri, kena fikir sebab kita negara pengeluar minyak. Tapi bila dengar pula cerita 1 pingat 1 juta nih sebak pula rasa dada.
Sambil-sambil rakyat mengeluh, tiba-tiba saja diumumkan habuan 1 juta tu. Kalau 10 pingat tentu dah jadi 10 juta. Eh, kata kerajaan nak berjimat cermat? Katanya kena elak membazir? 1 juta 1 pingat? Membazir tu. Kalau negara ada banyak duit sangat kenapa tak tambah saja nilai wang rebat? Kalau banyak sangat duit kenapa tak bagi saja diskaun makanan kepada rakyat. Hari ini harga ayam dah tak sama dengan harga setahun lalu. Kena ingat! Kesian kat Pak Mahat, Nek Nor, dan orang kampung lain.
Saya juga taklah juga membangkang kalau nak bagi insentif pada atlit, tapi biarlah logik. Sekarang negara kata, kita ada masalah ekonomi tapi yang nak bagi orang perseorangan 1 juta tu apa dia? Tak boleh ke mereka menang pingat emas sekiranya tak ada insentif ini? Apa penting sangat ke pingat olimpik ni berbanding harga yang Makcik Minah kena bayar bila beli barang dapurnya?
Kena fikir ni semua. Saya kesian tengok orang-orang kampung dimanipulasikan. Saya kesian tengok ibu bapa yang kena fikir 14 kali kalau nak berbelanja untuk barang keperluan sebab nak ikut kata kerajaan yang suruh berjimat. Ubah cara hidup! Mereka ni orang yang tak biasa baca blog. Tak biasa juga baca kertas berita selain yang kerajaan tak sekat. Mereka ni hanya biasa tengok berita di TV1, TV2, TV3 saja. Segalanya sudah tersuap, tak pandai nak cari sendiri. Kesian mereka ni.
Malam ni tengok TV3 pun best juga, suapannya amat tajam dan berkesan. Mesti berjaya menambat hati Pak Sudin dan Pak Mamat. Tapi Pak Sudin dengan Pak Mamat ni selalu tengok berita di kedai kopi. Masa berita tu, kalau kerajaan kata nak begi 10 juta kalau dapat 1 pingat pun mereka sokong. Demi semangat patriotik dan usaha kerajaan mengangkat nama negara di persada dunia. Lepas tu mereka balik, bini masing-masing minta duit nak beli barang dapur, mereka mengeluh harga barang naik! Esok nak naik motor lagi, nak pergi kedai kopi, nak kena isi minyak motor. Minyak dah mahal, mereka mengeluh lagi! Tapi lepas tu esok tengok berita lagi, kalau berita cakap kerajaan nak tolong ringankan beban rakyat, tentu mereka percaya bulat-bulat! Kalau nak catu makanan pun mereka sanggup sebab mereka percaya kerajaan tak ada duit. Mereka dah tak fikir dah, 1 juta yang nak diberi kepada seorang atlit tu, sebab kerajaan kata ini untuk menaikkan semangat demi menaikkan nama negara yang tercinta!
Cerita TV3 lagi, perasaan tak undian yang diadakan semasa berita tu? Siapa-siapa yang mengundi bagi saya memang membazirlah. Kalau undi A pun membazir, undi B pun membazir! Soalan undiannya macam soalan prasekolah saja. Memang nak duit 100% saja tu, tak ada maknanya mengundi dekat situ.
Lepas tu, saya teringat cerita zaman-zaman Rom dulu, kerajaan Rom ni ada satu strategi. Samalah yang kerajaan buat sekarang. Kalau rakyat tengah tegang dengan satu isu, beri rakyat isu lain atau benda lain supaya seronok. Sekarang musim bola Euro. Ni pun buat saya pening. Kat TV tuh dah hari-hari ada "Sorakan Emosi Euro"... Huh, sorakan emosi? sorakan siapa sebenarnya? Kualiti bola kita tahap mana? Kenapa pula nak siap dengan emosi-emosi pula? Bukannya ada nilai patriotik pun dalam EURO ni! Tak paham betul. Saya ni pun suka tengok bola. Peminat bola juga. Bola EURO pun saya tengok juga. Pasukan mana? Tak kisah lah. Tapi kalau Malaysia main kat euro, baru saya nak bersorak emosi, sebab saya rasa itu negara saya.
Pelik betul, rasa macam ada tak kena saja bila rakyat di ajak bersorak untuk Turki, untuk Jerman, untuk Belanda. Berapa orang yang pernah sampai ke sana? Yang pernah jadi penduduk tetap kat EURO? Kenapa nak bersorak lebih-lebih? Hmm.. mungkin komen saya ni boleh mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati pembaca yang minat bola. Tapi saya pun minat bola, tapi janganlah sampai kita diperbodoh-bodohkan oleh syarikat2 penaja siaran Tv hingga hilang tumpuan pada isu sebenar di negara kita. Betul tak?

Post a Comment