Defrag Ubuntu Linux ? Update!!!

Setelah menjejak dan meneroka dalam ubuntu forum saya jumpalah thread ini :

http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=228199

Nampaknya ubuntu sememangnya tidak payah di defrag sebab jika jika install program menggunakan Synaptic / Apt-get / Add-Remove dalam Ubuntu tu, ia akan susun semua fail tu secara automatik masa itu juga. Maknanya, ia tidak tunggu fail-fail tu bertimbun-timbun kemudian barulah susun. Sebaliknya ia akan susun dahulu fail agar masalah defrag ni tak timbul.

Cuma kalau nak betul-betul bersiha kena buat arahan ini kat terminal untuk buang fail-fail cache.

sudo apt-get clean

Kemudian saya terfikir lagi. Maknanya selama ini windows memang lembab kalau bahagian susun-susun fail ni lah ya? Bagaimana pula Linux boleh susun fail-fail itu masa itu juga ( copy, move, delete, save) tanpa mengorbankan kelajuan operasi?