Header Ads

Tips Memastikan RAM benar-benar Rosak

Dah lama rasanya nak berkongsi tips nie bersama anda.. Tips nie boleh diguna, sebab saya pernah mencubanya. Sebelum anda hendak tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer anda rosak, anda boleh gunakan tips nie.. :) .. Ilmu nie, cuba jangan tak cuba :wink:

Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM.. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.. Caranya :- mudah saja….

1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…

2. Cabut RAM anda
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni, :wink: .. Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu] :) , raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. :) . proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.. Anda boleh baca post saya tentang Tip Penjagaan Persekitaran Komputer..

4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak. :)

-cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, pelanggan cakap RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
-anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..

No comments

Terima kasih.