Header Ads

IPv6 Protokol Internet Generasi Baru

Apa itu IPv6 ?
Ipv6 ialah singkatan bagi “Internet Protocol Version 6″. IPv6 ialah protokol internet generasi baru yang dibangunkan oleh IETF [The Internet Engineering Task force] bagi menggantikan internet protokol sekarang Ipv4 [IP version 4]. Kebanyakkan pengguna internet sekarang menggunakan IPv4 yang berusia hampir 20 tahun. Lama tu :) .

Perubahan nie berlaku disebabkan kerana alamat Protokol Internet Versi keempat [IPv4] dijangka akan habis digunakan dalam tempoh beberapa tahun lagi.. Semakin hari semakin bertambah jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dan dikhuatiri IPv4 yang menampung dalam lingkungan kira-kira 4.3 billion alamat tidak dapat menampung jumlah pertumbuhan tersebut.

Aplikasi IPv6 nie masih baru dan kebanyakkan sistem operasi [OS] komputer menyokong IPv6 nie.. Kalau anda pernah menggunakan Windows Vista anda akan nampak setting untuk IPv6 pada Network Connections. Untuk Windows XP dan Windows 2000 masih dalam percubaan untuk Ipv6 . Macintosh, IPv6 boleh digunakan di MAC OS X 1.2 Jaguar. Mac OS versi 9 tidak support IPv6. Untuk kepastian anda boleh rujuk di laman web Sistem Operasi [OS].

Negara Guna IPv6 Perkukuh Teknologi

Berita Harian, 21 Mac 2007
MALAYSIA akan menggunakan Protokol Internet versi keenam (IPv6), menggantikan IPv4 yang digunakan sekarang dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), akan menerajui usaha mengguna pakai teknologi terbabit.

Pengarah Pusat IPv6 Kebangsaan (NAV6), Profesor Madya Dr Sureswaran Ramadas, berkata rangkaian IPv6 itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dari segi teknologi Internet.“Kami akan memulakan proses itu pada April. Kami sedang menunggu kelulusan akhir dan surat daripada kementerian,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Simposium Rangkaian Generasi Seterusnya: Forum IPv6 Malaysia, di Kuala Lumpur, minggu lalu.Turut hadir, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, merasmikan simposium berkenaan.

Kerajaan menubuhkan Majlis IPv6 Kebangsaan yang diterajui KTAK untuk menyediakan visi, misi dan pelan strategik bagi pelaksanaan IPv6 di negara ini. NAV6 terbabit mengendalikan kerja penyelidikan dan pembangunan, latihan pakar IPv6 dan program perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berkeupayaan IPv6 menjelang 2010.More…

Sureswaran berkata, kementerian akan mengenal pasti satu atau lebih banyak lagi kementerian atau agensi untuk beralih kepada IPv6 selepas pelaksanaannya.

“China, Jepun dan Korea Selatan sudah lama mengguna pakai secara menyeluruh teknologi IPv6,” katanya.

Terdahulu, pada ucapannya, Dr Lim berkata, simposium berkenaan akan meningkatkan kesedaran mengenai rangkaian Generasi Akan Datang, IPv6 dan isu teknikal, perniagaan dan sosial berkaitan pelaksanaan teknologi terbabit.

“Teknologi ini adalah sebahagian daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membawa perubahan radikal kepada aktiviti perniagaan, sosial dan kerajaan,” katanya.

Beliau menyarankan penyedia perkhidmatan generasi akan datang menyediakan perkhidmatan hiburan, permainan, komunikasi terjamin bagi perbankan elektronik dan perdagangan elektronik serta penyelesaian perniagaan dorongan pasaran lain.

“Daripada hanya sekadar menangani keperluan komunikasi pelanggan, mereka sebaliknya perlu berupaya menjalin perkongsian dengan pelanggan, memudahkan urus niaga perniagaan dan menangani keseluruhan keperluan perniagaan pelanggan,” katanya.

No comments

Terima kasih.