Header Ads

KENALI MEMORY CARD

Memory Card adalah komponen yang digunakan untuk penyimpanan data seperti teks dan audio visual. Memory card digunakan secara meluas pada kamera dgital, telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya. Memory card ini menjadi ruang simpanan data sementara sebelum data tadi dialih kedalam PC atau diterjemahkan dalam bentuk lain seperti cetakkan gambar bagi kamera, atau dipadam terus bila sudah jemu dan sebagainya.

Ada beberapa jenis memory card yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri berbeza serta menyokong peralatan atau model sesuatu peralatan digital yang berbeza. Tetapi fungsinya tetap sama. Walaubagaimanapun ketika membeli memory card pastika ianya memenuhi spesfikasi yang ditetapkan oleh peralatan digital anda, bukan beli sebarangan saja.

Antara jenis-jenis memory card yang terdapat dipasaran adalah:

I. Compact Flash (CF)
II. Memory Stick (MS)
III. Secure Digital (SD)
IV. eXtreme Digital (xD)
V. MultimediaCard (MMC)
VI. Smart Media (SM)

Kebanyakkan memory card diatas tadi telah pun diperkembangkan dan dimajukan lagi agar lebih berkuasa dan menepati peralatan digital anda. Contohnya MMC telah dikembangkan jadi MMCmobile dan Rs-MMC. Bagi SD dikembangkan kepada MINI-SD dan Micro-SD. Lebih kecil dari segi saiz tetapi besar dari segi ruang simpanan datanya.

Memory Card juga terdapat dalam pelbagai saiz ruang simpanannya dari 32MB hingga ke 4GB bergantung kepada model dan keperluan peralatan digital anda.

Untuk menerangkan secara terperinci tentang setiap model memory card adalah sukar diruang terhad ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda mungkin boleh mencuba mencariya di laman web pengeluar-pengeluar memory card seperti SONY, SANDISK, LEXAR, TRANSCEND dan KINGSTON.

No comments

Terima kasih.